HomeUtamaIsu Air: PM Anwar akan undang KM Sabah, MB Kelantan cari jalan...

Isu Air: PM Anwar akan undang KM Sabah, MB Kelantan cari jalan penyelesaian

Read Time:2 Minute, 0 Second

BERNAMA
Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kuala Lumpur : Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengundang Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Nor dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dalam tempoh dua minggu ini untuk mencari jalan menyelesaikan masalah air di kedua-dua negeri itu.

Perdana Menteri berkata, beliau amat komited dalam mencari jalan kepada isu tersebut setelah mendapat input permasalahan daripada pemimpin negeri berkenaan berhubung masalah yang membelenggu kedua-dua negeri sejak sekian lama itu.

“Saya akan undang Menteri Besar Kelantan dan Ketua Menteri Sabah dan pasukan untuk cari jalan untuk selesaikan (isu air) kalau pun perlu berbilion ringgit (diperlukan) kita mesti cari dan selesaikan tahun ini juga kerja-kerja.

Yang penting rakyat setelah 60 tahun merdeka tidak boleh dibebankan sampai tidak ada air bersih untuk minum,” katanya dalam Amanat Perdana Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di sini hari ini yang dihadiri lebih 3,500 undangan daripada 19 parti yang membentuk kerajaan.

Anwar berkata beliau berharap kerajaan negeri akan lebih mudah memberi kerjasama penuh dengan Kerajaan Persekutuan dalam merealisasikan hasrat berkenaan bagi memastikan rakyat tidak lagi terbeban dengan isu berkenaan.

“Macam Hajiji dia sudah beri jaminan kerjasama penuh dan di Kelantan saya telah minta dengan Menteri Besar dan saya persembahkan kepada Sultan Kelantan (Sultan Muhammad V) saya kata ini tiada kena mengena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) atau tidak, itu (pilihan raya) masalah kedua (hal lain),” katanya.

Perdana Menteri turut memuji Menteri Besar Kelantan yang sedia beruncing dengan baik bagi mencari jalan penyelesaian kepada isu itu, walaupun negeri berkenaan berbeza fahaman politik dengan Kerajaan Persekutuan.

“Orang runding baik kita dua kali lebih baik, orang angkuh dan sombong tinggallah kamu dengan keangkuhan kamu,” katanya.

Perdana Menteri yang juga Presiden PKR berkata, tidak ada alasan untuk kerajaan memulakan program besar-besaran bagi menyelesaikan isu air berkenaan walaupun ia memerlukan peruntukan yang besar.

Beliau berkata ini memandangkan Kerajaan Perpaduan mahu menterjemahkan janji dengan segera dan tidak bertangguh bagi memastikan rakyat tidak sengsara dan mendapat infrastruktur yang baik.

“Ya dia perlukan dana besar, dia perlu sukuk, dia perlu bon itu masalah kita jangan bebankan rakyat. Sekarang kita cuba selesaikan, projek besar boleh tangguh tapi air, elektrik, jalan berlopak, sekolah daif, klinik daif itu memang peruntukan diberikan,” katanya.

Sementara itu berhubung isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Anwar berkata beliau telah memberikan mandat penuh kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof untuk mememenuhi perkara yang terkandung dalam perjanjian itu. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular