Peruntukan perlembagaan perlu dihormati sejajar prinsip Rukun Negara

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 3 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kuala Lumpur : Peruntukan perlembagaan perlu dihormati sejajar dengan prinsip Rukun Negara termasuk perkara yang dituntut Sabah dan Sarawak.

Setiausaha Agong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia termasuklah pengembalian hasil 40 peratus hasil negeri Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Apabila saya membaca prinsip Malaysia Madani antara fokus utamanya ialah kesaksamaan dari segi pembangunan bagi semua negeri dan wilayah di negara ini.  Kadang kala kita dari Sabah dan Sarawak terkilan kerana kita sama-sama membentuk Malaysia.

“Tetapi rentak pembangunan di Sabah dan Sarawak khususnya di Sabah jauh ketinggalan daripada Semenanjung dan kerana itulah konsep Malaysia Madani ini penting kerana secara peribadi saya anggap ia merupakan kesinambungan daripada Rukun Negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.

Masidi yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata, beberapa hak istimewa yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak dari segi agihan pembangunan perlu dikembalikan kepada negeri terlibat.

“Kita mesti menghormati peruntukan-peruntukan yang ada dalam perlembangaan dan antara peruntukan yang ada itu ialah beberapa hak istimewa yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak terutama dari segi agihan pembangunan sebanyak 40 peratus daripada cukai yang dikutip di Sabah perlu dikembalikan kepada Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *