HomeUtamaPercepatkan pelaksanaan baki pakej Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah -...

Percepatkan pelaksanaan baki pakej Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah – Hajiji

Read Time:41 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mahu Kerajaan Persekutuan mempercepatkan pelaksanaan baki pakej Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata demikian ketika bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri II Datuk Seri Fadillah Yusof di Seri Gaya di sini hari ini.

Dalam pertemuan itu, mereka membincangkan isu semasa termasuklah mengenai perkembangan terkini Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.

Hajiji berkata, dilaporkan bahawa 20 daripada 35 pakej di bawah Fasa Satu Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo masih belum dimulakan.

Ketua Menteri turut berbincang dengan Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi tentang cara meningkatkan produktiviti ladang koko di Sabah.

Hadir sama ialah Menteri di Perdana Menteri Jabatan yang menjaga Hal Ehwal dan Tugas-tugas Khas Sabah dan Sarawak Datuk Armizan Mohd Ali serta Timbalan Menteri, Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching,

RELATED ARTICLES
Utama

Kita mahu keputusan positif – Kim Swee

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya