HomeIsu tempatanBot tunda ditahan, kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO)

Bot tunda ditahan, kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO)

Read Time:1 Minute, 13 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Labuan: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot tunda di kedudukan 2.5 batu nautika Timur Laut Pulau Labuan pada jam 2.10 petang.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, pihaknya yang dalam rondaan operasi telah melakukan pemeriksaan rutin terhadap bot tunda tersebut.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati bot tunda berkenaan telah melakukan kesalahan iaitu gagal mengemukakan pertukaran nakhoda (Ship Registery) kepada pegawai pelabuhan dan juga telah melanggar syarat sah lesen (Domestic Sipping License) iaitu gagal mematuhi keanggotaan bot yang ditetapkan.

“Bot tunda tersebut dikendalikan oleh seorang nakhoda, warganegara Indonesia berusia 43 tahun dan diikuti sembilan kru yang lain terdiri daripada warganegara Myanmar dan India berusia dalam lingkungan 19 hingga 37 tahun.

“Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO) kerana gagal mengemukakan pertukaran nakhoda (Ship Registery) kepada pegawai pelabuhan dan juga telah melanggar syarat sah lesen (Domestic Sipping License) iaitu gagal mematuhi keanggotaan bot yang ditetapkan.

“Jika disabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nudin berkata, nakhoda dan dua orang kru bersama-sama dengan dokumen bot dibawa ke Jeti Zon Maritim Labuan untuk siasatan lanjut.

Katanya, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sebarang aktiviti atau salahlaku jenayah di laut.

“Orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-453777 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Laluan masuk jejantas Skybridge ke Centre Point dibuka kepada awam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya