HomeEkonomiKerjasama strategik LKM, ANGKASA bantu bangunkan aktiviti koperasi negara

Kerjasama strategik LKM, ANGKASA bantu bangunkan aktiviti koperasi negara

Read Time:1 Minute, 5 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kerjasama strategik antara Lembaga Koko Malaysia (LKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) amat diperlukan bagi membangunkan aktiviti koperasi negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia juga dapat menyediakan keperluan seperti mengenal pasti koperasi dan mengerakkan model latihan bagi menyokong aktiviti koperasi kluster koko.

“Melalui kerjasama ini juga, pihak ANGKASA bakal menyediakan dana dan latihan bagi menyokong aktiviti Koperasi Kluster Koko.

“Kerjasama telah dimulakan pada tahun 2021 yang mana pihak ANGKASA telah memberikan dana sebanyak RM150,000 untuk pembinaan dua mini pemprosesan koko di Sabah dan satu di Sarawak yang telah siap pada tahun 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi dan sambutan Aidilfitri LKM di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Siti Aminah Aching dan Pengerusi LKM Datuk Matbali Musah.

Fadillah yang juga Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi berkata, fasiliti itu telah sedia diguna pakai oleh petani-petani koko.

“Semoga kerjasama ini kekal berterusan demi menjamin kelangsungan pendapatan rakyat,” katanya.

Terdahulu, pada majlis seramai 36 orang kakitangan dari pejabat wilayah pantai barat Sabah LKM, menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Khidmat Bakti dan bakal pesara tahun 2023 dan 2024 diberikan penghargaan.

Selain itu, Fadillah turut menyaksikan pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi LKM. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia: Rakyat Derita Kesihatan Mental  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya