Retrospektif aspirasi Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor pada Majlis Sambutan Setahun Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) Pelan Pembangunan SMJ 1.0 (2021-2025) di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu pada Selasa. -Foto ihsan JKM

Sabah Adalah Antara Negeri Yang Punyai Minyak & Gas Terbanyak Di Malaysia

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:2 Minute, 36 Second

oleh : Muda Muhammad

Ramai beranggapan, industri minyak dan gas ini tentunya berkaitan dengan bandar-bandar seperti Kerteh, Kemaman, Bintulu atau Penggerang. Jarang terdengar bandar minyak dari negeri Sabah. Mungkin ada terdengar di kalangan orang yang berada dalam bidang ini tetapi bukan kebiasaan kepada mereka yang di luar bidang.

Ramai juga tidak tahu, Sabah sudah mempunyai syarikat minyaknya sendiri. Pada 7 Disember tahun lepas, Sabah mempunyai syarikat minyak dan gas milik penuh Sabah, dinamakan SMJ Petroleum Sdn Bhd.

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor ketika mengumumkan perkara itu berkata, ia satu kejayaan bersejarah bagi Sabah hasil keputusan Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) yang dimeterai di antara kerajaan negeri dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).

Menerusi CCA ini, syarikat atau kontraktor daripada Sabah boleh menyertai program pembangunan vendor. Malah, Petronas turut memberi jaminan untuk memberi lebih banyak kontrak kepada rakyat Sabah dalam proses tender. Ramai anak Sabah akan mendapat manfaat daripada penubuhan syarikat SMJ Petroleum ini.

Kenapa Sabah perlu mempunyai syarikat minyaknya sendiri? Banyakah minyak yang ada di negeri Sabah? Ya, banyak antara paling banyak simpanannya di Malaysia berbanding negeri-negeri yang lain.

Jumlah sumber minyak dan gas yang ditemui di Malaysia termasuk lapangan yang belum beroperasi adalah sekitar 6.7 Billion tong minyak (Bboe – Barrels of Oil Equivalent). Di negeri Sabah sahaja ada sejumlah 1.7 Bboe ((Bboe – Barrels of Oil Equivalent), antara jumlah yang terbesar berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

“Prospek Kerajaan Negeri dalam industri minyak dan gas adalah berkembang positif dan dijangka akan memberi pulangan hasil yang tinggi selaras usaha Kerajaan menerokai potensi rantaian industri gas asli negeri ini.

Perkembangan positif ini akan memberi pulangan ekonomi yang baik kepada negeri, sekali gus membolehkan Sabah memperolehi bukan sahaja perkongsian hasil yang lebih besar tetapi juga penyertaan dan penguasaan dalam industri minyak dan gas melalui usahasama Petronas dan anakanak syarikat Kerajaan Negeri.” Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor berucap ketika membentangkan Belanjawan Sabah 2023.

Industri minyak dan gas adalah potensi besar yang dimiliki oleh negeri Sabah. Dengan hasil bumi yang bernilai dan besar ini, Sabah mampu menjadi kuasa ekonomi di rantau ASEAN.

Benar, Sabah mampu menjadi kuasa ekonomi di rantau ASEAN ini bersama-sama dengan Sarawak sebagaimana yang disebutkan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud dalam satu forum di UMS baru-baru ini. Limpahan ekonomi dari Kalimantan akan turut dirasai di Sabah.

Persediaan ke arah menjadi kuasa ekonomi itu perlu dimantapkan. Tenaga kerja yang berkemahiran, kemudahan infrastruktur dan jaringan komunikasi antara beberapa perkara yang perlu ditambah baik.

Menurut MIDF Research, secara keseluruhannya, ekonomi Sabah diunjurkan berkembang 4.1 peratus setiap tahun dari 2021 hingga 2030, lebih tinggi daripada purata sebelum pandemik iaitu 3.8 peratus (2016 hingga 2019). Potensi terbesar Sabah adalah dalam sektor pekerjaan pertanian dan perlombongan.

Sabah memilik pekerjaan pertanian terbesar di negara ini. Lebih satu pertiga pekebun negara bekerja di Sabah. Dalam sektor perlombongan pula sejumlah  11.2 peratus kepada pekerjaan perlombongan negara memandangkan rizab minyak yang terbesar terletak di negeri Sabah.

Jika dipacu dan dimobilisasi dengan betul, industri ini akan menjadi pemangkin pertumbuhan besar ekonomi negeri Sabah sehingga tahun 2030 sebagaimana yang diunjurkan oleh MIDF Research. Ya, berbanggalah menjadi orang Sabah, punyai sumber minyak yang terbanyak sekali di Malaysia.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *