HomeUtamaMATA Aerotech Pamer keupayaan teknologi penggunaan Dron dalam pertanian

MATA Aerotech Pamer keupayaan teknologi penggunaan Dron dalam pertanian

Read Time:1 Minute, 34 Second

Sandakan : Model pertanian pintar yang melibatkan aplikasi teknologi dron dan AI untuk sektor pertanian di Sabah khususnya pekebun kecil kelapa sawit dapat memberi pelbagai manfaat.

Ia termasuklah untuk kesejahteraan ekonomi, kelestarian alam sekitar serta pemerkasaan komuniti.

MATA Aerotech Group dalam kenyataan berkata, kesejahteraan ekonomi petani dapat terus ditingkatkan menerusi pendapatan yang lebih tinggi sekiranya penggunaan teknologi dron dan AI dapat dipraktikkan.

“Seterusnya, semburan pertanian menggunakan dron dapat membantu kelestarian alam sekitar.

“Teknologi dron dapat menjimatkan penggunaan racun dan air sehingga 80 peratus selain mengurangkan pencemaran alam sekitar.

“Ia juga dapar mengurangkan pendedahan tenaga kerja manusia kepada racun, “menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Semalam, MATA Aerotech Group telah menerima kunjungan delegasi daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) di sini.

Kunjungan tersebut telah diuruskan oleh EM Drone Services, iaitu syarikat sekutu MATA Aerotech Group, yang berpengkalan di Sandakan, Sabah.

Delegasi KSTI diketuai Ketua Penolong Setiausaha,Bahagian Pembangunan dan Penyelidikan Marshal Anthony dan beberapa pegawai KSTI.

Perjumpaan ini melibatkan demonstrasi dron di ladang kelapa sawit serta pembentangan Model Pertanian Pintar di pejabat EM Drone Services Sdn Bhd.

Ini adalah susulan kepada perbincangan yang telah di adakan bersama KSTI sebelum ini berhubung Model Pertanian Pintar.

Dalam pada itu, MATA Aerotech Group memaklumkan, penggunaan teknologi dapat meningkatkan penglibatan anak muda di dalam menarik minat bakat muda untuk sektor pertanian.

Menurutnya lagi, bakat muda dapat memiliki ilmu serta kepakaran teknologi.

“Ini dapat mengurangkan kebergantungan tinggi kepada tenaga kerja asing di dalam sektor pertanian,”tambah kenyataan itu lagi.

MATA Aerotech Group merangkumi tiga organisasi teknologi yang menyediakan perkhidmatan dron dan AI, iaitu – MATA Aerotech, Dronexcel Sdn Bhd dan EM Drone Services.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2019, MATA Aerotech Group telah menjadi pelopor kepada pelaksanaan Model Pertanian Pintar di Malaysia, dan memiliki kepakaran serta pengalaman yang meluas. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

KePKAS lulus peruntukan RM90,000 baik pulih Dewan Tadika Chung Hwa Penampang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular