HomeIsu tempatanFPSK UMS, HQE anjur program pengajaran dan peperiksaan percubaan calon doktor pakar

FPSK UMS, HQE anjur program pengajaran dan peperiksaan percubaan calon doktor pakar

Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Jabatan Perubatan dan Persatuan Perubatan Hospital Queen Elizabeth (MEDQEH) telah menganjurkan ‘MEDQEH-UMS MRCP(UK) Preparatory Course and Mock Examination 2023’ di Fakulti FPSK UMS, baru-baru ini.

Ketua Jabatan Perubatan HQE, Datuk Dr. Raman Muthukaruppan berkata program tersebut dianjurkan bertujuan memberi pendedahan dan persediaan kepada para doktor di jabatan perubatan Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk menghadapi peperiksaan klinikal ‘Membership of the Royal Colleges of Physicians Practical Assessment of Clinical Examination Skills’ (MRCP-PACES).

Katanya program selama dua hari itu merangkumi sesi pengajaran dan peperiksaan percubaan MRCP-PACES untuk para peserta.

“Program ini memberi peluang kepada para peserta utuk merasai situasi dan pengalaman sebenar dalam peperiksaan MRCP-PACES. MRCP-PACES adalah satu laluan kerjaya utama pegawai perubatan di jabatan perubatan untuk menjadi pakar perubatan dalaman di Sabah.

“Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini, khususnya kepada FPSK UMS kerana telah menyediakan fasiliti dan tenaga kerja yang terbaik,” katanya. 

Tambah beliau, kerjasama antara HQE dan UMS perlu diteruskan demi merealisasikan usaha menjadikan kedua-dua pihak sebagai pusat peperiksaan MRCP-PACES yang pertama di Sabah.

“Saya berharap dengan penganjuran MRCP-PACES di Sabah pada masa akan datang dapat membuka lebih banyak peluang untuk melahirkan pakar perubatan dalaman tempatan bagi negeri Sabah,” ujarnya. 

Seramai 180 peserta mengikuti program tersebut yang terdiri daripada para doktor, pelajar perubatan FPSK serta para pesakit HQE yang mengalami masalah perubatan dalaman. 

Program yang diadakan secara secara tahunan oleh MEDQEH dan FPSK UMS itu turut dijayakan oleh Pensyarah Perubatan dan Pakar Perunding Reumatologi FPSK UMS, Professor Madya Dr. Malehah Mohd Noh. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS terima sumbangan untuk projek kajian dan pembudayaan STEM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular