Hajiji hadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri Setiausaha Kerajaan Negeri

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:27 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan ahli Kabinet Negeri menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri yang dihoskan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong di Menara Kinabalu hari ini.

Hajiji disambut mesra para tetamu sebaik tiba di Majlis Hari Raya Aidilfitri yang dihoskan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong di Menara Kinabalu hari ini. – Foto ihsan JKM Sabah

Turut hadir Speaker Datuk Seri Kadzim Yahya, pembantu menteri, wakil rakyat, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Datuk Rosmadi Sulai, setiausaha tetap dan ketua jabatan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *