HomeIsu tempatanSembilan premis makanan diarah tutup, tidak patuh peraturan kebersihan

Sembilan premis makanan diarah tutup, tidak patuh peraturan kebersihan

Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak sembilan premis makanan telah diarahkan tutup di bawah seksyen 11, Akta Makanan 1983 semasa Operasi Bersepadu Akta Makanan 1983 Peringkat Negeri Sabah Bagi Bandaraya Kota Kinabalu dijalankan secara serentak di seluruh Sabah semalam (16 Mei).

Penguatkuasa Kesihatan menjalankan pemeriksaan kebersihan di salah sebuah premis makanan di Kota Kinabalu semalam. -Foto ihsan KKM Sabah

Pegawai Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu Dr Prabakaran Dhanaraj berkata, bagi Bandaraya Kota Kinabalu, operasi bersepadu ini telah dijalankan oleh pasukan dari Unit Inspektorat dan Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan serta turut disertai oleh agensi lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah, Polis Diraja Malaysia dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Katanya, Operasi ini telah dijalankan di Polytechnic Commercial Centre (PCC), Kota Kinabalu dengan melibatkan pemeriksaan premis makanan.

Menurut Dr Prabakaran, operasi yang dijalankan ini bagi memastikan
premis makanan mematuhi kehendak Akta Makanan 1983 dan Peraturan- Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

“Sebanyak 15 premis makanan telah diperiksa telah diperiksa. Daripada
jumlah tersebut, sembilan premis makanan telah diarahkan tutup di bawah seksyen 11, Akta Makanan 1983.

“Selain itu, sebanyak 11 notis di bawah seksyen 32B, Akta Makanan 1983 telah dikeluarkan kepada pemilik premis, wakil premis dan pengendali makanan atas pelbagai kesalahan seperti kegagalan mendaftarkan premis makanan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, pengendali makanan tidak menjalani latihan pengendali makanan, tiada suntikan anti-tifoid dan pakaian pengendali makanan serta kegagalan mematuhi kehendak berhubung dengan kewajipan mengekalkan premis bersih dan bebas daripada sampah, makhluk perosak seperi tikus dan lipas,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Selain daripada itu, katanya, DBKK dan KPDNHEP turut mengeluarkan notis kompaun masing-masing sebanyak 13 dan satu kompaun atas pelbagai pelanggaran.

“Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu ingin menasihati kepada semua pemilik premis makanan agar sentiasa peka akan aspek kebersihan premis makanan seperti yang terlakluk dalam peruntukan undang-undang.

“Pihak pejabat ini juga akan terus menjalankan aktiviti pemeriksaan ke atas premis- premis makanan di seluruh Bandaraya Kota Kinabalu bagi melindungi orang ramai terhadap bahaya kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan, dan mengenai perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

58 beg darah berjaya dikutip, bantu pesakit memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular