HomeUtamaTipu Jualan Emas: Enam individu termasuk seorang Datuk ditahan reman SPRM

Tipu Jualan Emas: Enam individu termasuk seorang Datuk ditahan reman SPRM

Read Time:1 Minute, 8 Second

TAWAU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman enam individu termasuk seorang ketua pegawai eksekutif syarikat bergelar Datuk kerana disyaki mengemukakan butiran matan palsu penyata penjualan emas yang mengakibatkan kerugian pembayaran royalti berjumlah jutaan ringgit kepada Kerajaan Negeri Sabah.

Menerusi satu kenyataan media SPRM hari ini berkata, kesemua suspek iaitu lima lelaki dan seorang wanita yang berusia antara 42 hingga 67 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Tawau, tengah malam tadi bagi membantu siasatan.

“Perintah tahanan reman selama tiga hari bermula hari ini hingga Jumaat ini dikeluarkan oleh Majistret Leona Dominic Mojiliu ke atas semua suspek selepas membenarkan permohonan reman yang dibuat SPRM, di Mahkamah Majistret Tawau, pagi ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kesemua suspek termasuk Datuk dan tiga pengarah syarikat dipercayai memperdaya jabatan kerajaan negeri dengan mengemukakan penyata penjualan emas yang mempunyai butiran palsu.

“Perbuatan itu dilakukan dipercayai untuk mengelak dan membayar royalti emas sebenar kepada Kerajaan Sabah terhadap hasil emas yang dilombong di sebuah daerah di Tawau.

“Syarikat milik Datuk tersebut dipercayai memperdayakan jabatan kerajaan apabila tidak melaporkan penjualan emas ratusan kilogram bernilai puluhan juta yang sepatutnya menyumbang pembayaran royalti kepada Kerajaan Sabah,” jelasnya.

Tambahnya, penipuan dibuat melalui pakatan membabitkan dua syarikat yang mana semua suspek mempunyai kepentingan di dalamnya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Sydney dinobat pemenang peringkat serantau Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya