HomeUtamaSeorang individu ditahan reman kemuka butir matan palsu Program PENJANA

Seorang individu ditahan reman kemuka butir matan palsu Program PENJANA

Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang individu kerana disyaki mengemukakan dokumen palsu iaitu borang pengesahan pekerja yang mengandungi senarai nama pekerja yang tidak wujud membabitkan tuntutan berjumlah kira-kira RM570,000 kepada PERKESO dibawah program PENJANA.

Menerusi satu kenyataan media SPRM hari ini, suspek lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu semalam ketika diminta hadir untuk memberikan keterangan.

Katanya, suspek merupakan pemilik syarikat penyedia perkhidmatan latihan dipercayai telah mengemukakan tuntutan palsu kira-kira lebih RM570,000 pada tahun 2020 sehingga 2022.

“Suspek dihadapkan di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pada pagi ini dan Majistret Stephanie Sherron Abbie membenarkan permohonan reman selama lima hari bermula hari ini sehingga 21 Mei 2023,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Semalam di Mahkamah Majistret yang sama, seramai dua individu dari syarikat yang berbeza telah direman selama lima hari kerana disyaki melakukan kesalahan yang sama membabitkan tuntutan berjumlah kira-kira RM550,000.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya