HomeUtamaTaman Ridgeview Phase 12 kawasan hotspot wabak demam denggi

Taman Ridgeview Phase 12 kawasan hotspot wabak demam denggi

Read Time:2 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Taman Ridgeview Phase 12, Kepayan dikenalpasti sebagai kawasan hotspot wabak demam denggi yang dilaporkan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu selepas direkodkan sebanyak tiga kali berulang wabak setakat bulan Mei tahun ini.

Menerusi satu kenyataan media oleh Pegawai Epidemiologi Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu, Dr Pathman Arumugam berkata, pada tahun ini setakat bulan Mei, telah direkodkan sebanyak tiga kali berulang wabak Taman Ridgeview Ph 12.

“Wabak demam denggi yang pertama kali berlaku pada 09 Februari 2023 hingga 02 April 2023.

“Wabak ini berlangsung selama 52 hari dan berstatus hotspot (wabak
demam denggi lebih 30 hari) yang melibatkan 21 kes demam denggi.

“Manakala wabak demam denggi yang terkini, bermula pada 20 April 2023 dan masih belum tamat lagi, dengan merekodkan 11 kes demam denggi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr Pathman, sepanjang aktiviti kawalan yang dilaksanakan, pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu juga turut sama menyertai Operasi Bersepadu yang telah dijalankan sebanyak dua kali berikutan pelbagai isu dikenalpasti yang memerlukan bantuan dan tindakan pelbagai agensi.

Justeru katanya, penduduk juga dinasihatkan memainkan peranan dengan memastikan menjalankan aktiviti yang memfokuskan kepada aktiviti anti denggi seperti melaksanakan pemusnahan tempat-tempat pembiakan jentik-jentik Aedes (bekas-bekas yang menakung air) di rumah masing-masing dengan mengambil masa 10 minit setiap hujung minggu sama ada hari Sabtu atau Ahad.

“Penduduk juga diminta melakukan semburan aerosol di rumah sendiri setiap subuh dan senja dan menjalankan gotong-royong berkala sekurang-kurangnya sebulan sekali walaupun tiada kes denggi dilaporkan.

“Mengurus pelupusan/pemindahan kereta-kereta terbiar yang dibiarkan berparkir di ruangan parker dan membuang sampah/barang lusuh di tempat yang ditetapkan,” jelasnya.

Dr Pathman berkata, setakat ini, sebanyak enam kompaun telah dikeluarkan apabila didapati pemilik rumah mempunyai bekas jentik-jentik Aedes seperti baldi, tayar dan pasu bunga.

“Di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, jika didapati premis yang dijumpai dengan pembiakan Aedes, kompaun maksima RM500 boleh dikenakan kepada tuan punya premis tersebut.

“Pemilik boleh dikenakan kompaun
sebanyak RM500, dengan tindakan mahkamah akan dikenakan, denda
maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya sekali, sekiranya berulang,” tegasnya.

Menurutnya lagi, jumlah kumulatif kes denggi yang dilaporkan pada tahun ini adalah 640 kes. Jumlah ini meningkat sebanyak 206 peratus berbanding kumulatif sehingga Minggu Epid 19 tahun 2022 (209 kes). Sebanyak satu wabak telah dilaporkan pada Minggu Epid 19/2023.

“Manakala jumlah kumulatif wabak denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epid 13/2023 adalah 69 wabak. Tiada kematian denggi dilaporkan pada tahun ini sehingga Minggu Epid 19/2023 di daerah Kota Kinabalu,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

UMS utamakan kebajikan pelajar, sedia bantu Crisnanalina daftar pengajian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular