HomeUtamaLima unit Rumah Mesra SMJ diserahkan di DUN Tamparuli

Lima unit Rumah Mesra SMJ diserahkan di DUN Tamparuli

Read Time:1 Minute, 25 Second

Tamparuli : Lima unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) hari ini diserahkan kepada penerima terdiri dari golongan memerlukan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli di sini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, rumah itu merupakan sebahagian daripada 1,500 unit Rumah Mesra SMJ yang disasarkan untuk dibina bagi tahun 2022.

“Pihak kementerian telah dipertanggungjawab untuk menyelaras program Rumah Mesra SMJ dan dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Majlis Perbandaran, Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah Kecil.

“Pada tahun 2022, kementerian mensasarkan untuk membina 1,500 unit Rumah Mesra SMJ dan diagihkan sebanyak 20 unit kepada setiap DUN,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Rumah Mesra SMJ Peringkat DUN Tamparuli di sini, hari ini.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata, bagi DUN Tamparuli, Pejabat Daerah Kecil telah siap membina sebanyak lima unit Rumah Mesra SMJ iaitu di Kampung Kelian, Kampung Sri Seberang, Kampung Tambalugu, Kampung Pengesaan dan Kampung Dansangai manakala baki 15 unit lagi akan dilaksanakan pada tahun ini.

Katanya, pemilihan penerima Rumah Mesra SMJ adalah terdiri daripada penerima yang tersenarai dalam sistem e-kasih, memiliki rumah daif, golongan kurang upaya (OKU) dan yang mengalami bencana sama ada kebakaran, banjir dan bencana alam lain.

“Diharapkan dengan pelbagai usaha, inisiatif dan bantuan yang dirancang oleh kerajaan dapat membantu masyarakat luar bandar hidup dalam keadaan yang lebih selesa seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.

“Semoga pemberian ini memberikan sinar kebahagiaan kepada semua terutamanya kepada penerima Rumah Mesra SMJ,” katanya. 

Rumah Mesra SMJ dilancarkan pada September tahun lepas oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor merupakan inisiatif baharu di bawah teras modal insan dan kesejahteraan rakyat dalam Hala Tuju SMJ bagi memastikan rakyat memiliki rumah sendiri.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas jika tidak senonoh ketika sambutan Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya