Terus tingkatkan perkongsian, kerjasama untuk manfaat bersama rakyat – Dr. Joachim

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Warga Kementerian Kerajaan Tempatan and Perumahan (KKTP) serta semua agensi di bawahnya termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diharap dapat terus meningkatkan perkongsian dan kerjasama sesama mereka untuk manfaat bersama dan juga rakyat.

Harapan tersebut disuarakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam pada Majlis Hari Raya Aidilfitri dan Kaamatan peringkat Kementerian yang diadakan di Wisma Innoprise, di sini hari ini.

Beliau gembira melihat sambutan kali ini dijayakan bersama agensi-agensi di bawah Kementerian iaitu Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah (JPBW), Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (JHEANS) serta daripada PBT iaitu Majlis Daerah Papar, Majlis Daerah Penampang, Majlis Daerah Tuaran, Majlis Daerah Putatan, Majlis Daerah Beaufort dan Majlis Daerah Lahad Datu.

“Adalah menjadi harapan saya, dengan adanya majlis seumpama ini, ianya dapat mewujudkan semangat muhibah dan harmoni di kalangan warga kerja Kementerian dan juga semua agensi di bawah Kementerian termasuk PBT.

“Penganjuran yang berkonsepkan gerai-gerai sebegini dapat merapatkan lagi hubungan sedia ada di antara kita. Dengan adanya gerai-gerai yang boleh dikunjungi yang menyediakan pelbagai juadah dan hidangan menjadikan majlis sambutan dwi perayaan ini bermakna dan meriah. Perkongsian dan kerjasama sebegini adalah sesuatu yang bermanfaat,” ujarnya.

Dr. Joachim berkata, sesuai dengan tema Pesta Kaamatan iaitu “Kaamatan Membudayakan Perpaduan”, sambutan perayaan sebegini adalah sesuatu yang unik dan ia memberi peluang kepada semua dari pelbagai etnik, bangsa dan agama serta pelbagai budaya dapat bersama-sama meraihkan dan berkongsi kemeriahan.

Sambutan dwi perayaan ini membolehkan semua yang hadir berkongsi budaya dari sudut pakaian, makanan, adat resam dan kelainan yang unik, katanya, sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan bangunan Wisma Innoprise kerana memberi kebenaran kepada Kementerian untuk mengadakan majlis pada hari ini.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri KKTP I dan II, Datuk Isnin Aliasnih dan Datuk Mohamad Hamsan Ag. Supain; Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap I, Datuk Dr. Jamili Nais dan Stanley Chong; Pengurus Besar LPPB, Rosemary Ahping; semua Pegawai Eksekutif PBT, pegawai-pegawai kanan, kakitangan dan seluruh warga Kementerian.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *