HomeUtamaTiga suspek ditangkap, kes rompakan berkumpulan bersenjata

Tiga suspek ditangkap, kes rompakan berkumpulan bersenjata

Read Time:59 Second

TAWAU: Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Sri Indah Tawau telah membuat tangkapan tiga suspek lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rompakan berkumpulan menggunakan senjata di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, bertindak atas maklumat berkaitan kes rompakan berkumpulan dengan menggunakan senjata, pada Rabu lalu (17 Mei) jam lebih kurang 4.00 petang, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Sri Indah Tawau telah membuat tangkapan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian kes samun di daerah itu.

“Dalam serbuan itu, pihak polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Persona milik suspek yang dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan samun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Jasmin, ketiga-tiga suspek lingkungan umur 38 hingga 42 tahun berkenaan mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

“Manakala ujian saringan air kencing ke atas ketiga-tiga suspek mendapati positif dadah jenis metamfetamin.

“Suspek direman tujuh hari bermula 19 hingga 25 Mei 2023 dan Kes Disiasat Di Bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara selama tempoh 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

“Siasatan turut dijalankan dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya