HomeUtamaSabah tuan rumah Pesta Burung Asia 2023

Sabah tuan rumah Pesta Burung Asia 2023

Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Sabah dipilih menjadi tuan rumah Pesta Burung Asia 2023, satu pameran memerhati burung terbesar Asia yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) selama lima hari bermula dari 13 hingga 17 Oktober ini.

Acara berprestij anjuran Persatuan Pemerhati Burung Sabah dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Sabah (STB) itu merupakan edisi ke-12 selepas Korea Selatan, Taiwan dan Kuching Sarawak yang semuanya telah menjadi tuan rumah bagi acara itu.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, pameran ini merupakan acara tahunan yang direka untuk mempamerkan pelbagai spesis burung di seluruh Asia.

“Ianya meningkatkan ekopelancongan dan memerhati burung, serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan melindungi burung dan habitatnya.

“Pengetahuan dan kepakaran yang tidak ternilai akan dikongsi melalui beberapa siri ceramah, bengkel dan sesi rangkaian,” katanya pada sidang media mengenai Pesta Burung Asia 2023, di sini pada Khamis.

Menurutnya, pelawat akan mendapat pengetahuan lebih mendalam mengenai spesies burung, teknik pemuliharaan dan sumbangan penting burung dalam memelihara keharmonian ekologi.

“Terdapat pelbagai jenis pempamer yang mempamerkan peralatan memerhati burung terkini, prospek eko-pelancongan dan aktiviti pemuliharaan, dan pameran itu dijangka membawa 2,000 pengunjung dari seluruh dunia.

“Pelbagai jenis spesies burung di Asia dan seterusnya akan dibawa ke pameran itu dan pengunjung boleh mengharapkan untuk mengetahui lebih lanjut tentang kepentingan burung, barangan dan peralatan memerhati burung,” ujarnya.

Justeru, Christina percaya ini akan menjadi tempat yang ideal untuk meletakkan asas bagi kerjasama dan pembinaan hubungan masa hadapan dalam bidang pemuliharaan burung.

Beliau turut berharap pihak penganjur dapat bekerjasama dengan sekolah dan universiti untuk mengajar generasi akan datang kepentingan menjaga alam sekitar yang menarik pelancong ke Sabah.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Mohd Yusrie Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah Noredah Othman dan Naib Presiden Persatuan Pemerhati Burung Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Pesta Burung Sabah 2023, Roger Rajah.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular