HomeIsu tempatan35 penduduk terima sumbangan menerusi program kasih syawal

35 penduduk terima sumbangan menerusi program kasih syawal

Read Time:56 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Seramai 35 penduduk di Kampung Laya-Laya Tuaran menerima sumbangan menerusi pelaksanaan Program Kasih Syawal anjuran Pusat Islam dan Puspanita Politeknik Kota Kinabalu (PKK).

Program itu merupakan lanjutan kepada Program Kasih Ramadan yang diadakan pada bulan Ramadan setiap tahun bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan.

Sumbangan yang disampaikan adalah berupa barangan makanan kepada warga PKK yang kurang berkemampuan.

Sebelum ini, seramai 259 asnaf yang terdiri daripada pekerja pembersihan dan lanskap, pengawal keselamatan, staf pentadbiran pemandu, pelajar yang kurang berkemampuan pelajar mualaf serta orang kampung sekitar telah menerima bantuan bakul makanan dan duit raya.

Jumlah sumbangan yang telah berjaya dikumpul bagi kedua-dua program ini adalah berjumlah RM15,000

Timbalan Pengarah Akademik PKK Abdul Razak berharap, agar program seumpama ini diteruskan pada masa hadapan.

Katanya, ianya akan dapat memberi ruang dan peluang kepada penyumbang dan penerima bersama-sama merasai nikmat berkongsi kebahagiaan dan kegembiraan bersama, khususnya Program Kasih Syawal ini.

Pengerusi Masjid At-Taqwa Kampung Laya-Laya, Darasik Muyong berkata program ini memberi manfaat kepada penduduk kampung yang kurang berkemampuan dalam memenuhi keperluan asas mereka. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS jadi universiti awam pertama Malaysia terima Biasiswa Kedutaan China

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular