HomeUtamaCuaca panas: Murid, guru boleh terus pakai baju sukan

Cuaca panas: Murid, guru boleh terus pakai baju sukan

Read Time:1 Minute, 4 Second

BERNAMA
Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Bharu: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak menetapkan tempoh kebenaran bagi murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikannya memakai pakaian atau baju sukan ketika cuaca panas yang berlaku ketika ini, kata Menterinya Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, kebenaran khas itu bergantung kepada keadaan cuaca dan diberikan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.

“KPM tidak membuat keputusan sendiri, kita dibantu dan mendapat pedoman dari KKM (Kementerian Kesihatan) dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang sentiasa memantau cuaca dan suhu untuk pastikan kita dapat meneruskan aktiviti bersama pelajar.

“Langkah ini juga supaya kejadian tidak diingini boleh dihalang dan dicegah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Jerayawara Pendidikan Madani dan Majlis Sambutan Hari Raya Bersama-sama Menteri Pendidikan, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali, Pengarah Pendidikan Kelantan dan Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan CelcomDigi Afizulazha Abdullah.

Pada majlis tersebut, Fadhlina turut melancarkan Pakej Guru EL30 dan M40 yang merupakan kerjasama strategik Yayasan Didik Negara (YDN) dan CelcomDigi.

Pada 3 Mei lalu, KPM memberi kebenaran khas untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.

KPM turut memaklumkan pemakaian tali leher tidak diwajibkan bagi murid yang memakai pakaian seragam sekolah. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Mayat terapung ditemui di sungai Kg Iban Merotai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular