HomeUtamaPeranan dan sumbangan warga pendidik amat dihargai

Peranan dan sumbangan warga pendidik amat dihargai

Read Time:1 Minute, 24 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Penampang: Peranan dan sumbangan warga pendidik dalam melahirkan modal insan berkualiti sebagai pewaris kesejahteraan dan kemajuan negara amat dihargai.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, peranan dan tanggungjawab guru amat besar dan mencabar kerana mereka bukan sahaja mendidik di sekolah tetapi sebagai pengurus pelajar, pembimbing, penggalak dan penyelaras aktiviti pelajar di sekolah.

“Pengorbanan guru-guru amat besar sehingga mereka sanggup mengeluarkan duit sendiri untuk membiayai perbelanjaan di sekolah.

“Saya difahamkan majlis pada hari ini juga dibiayai daripada sumbangan guru-guru sendiri. Sebagai penghargaan kepada semua warga pendidik di Penampang saya telah memberikan sumbangan sebanyak RM15,000 sebelum ini dan pada hari ini saya menyampaikan sumbangan RM18,000 untuk membiayai perbelanjaan majlis ini.

“Pungutan daripada guru-guru itu boleh digunakan bagi melaksanakan aktiviti lain di sekolah,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi 2022 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Penampang, di Dewan SJKC Yue Min, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Perancangan PPD Penampang Germaine Marcella Sikijip dan semua pegawai-pegawai kanan PPD Penampang.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berharap agar apresiasi ini akan memberikan motivasi kerja kepada semua warga pendidik PPD Penampang dalam membentuk ekosistem pekerjaan yang cemerlang, selaras dengan hala tuju kementerian dan kerajaan.

“Saya memahami keperluan pihak sekolah, sebab itu saya akan terus mencari jalan untuk meringankan bebanan pengetua dan guru-guru,” katanya.

Pada majlis itu beliau turut bersetuju menyampaikan sumbangan peruntukan wakil rakyat sebanyak RM30,000 kepada SJKC Yue Min untuk menyelesaikan keperluan sekolah itu.

Pada majlis itu Ewon turut menyampaikan sebanyak 263 anugerah merangkumi bidang kurikulum, kokurikulum dan pengurusan untuk kesemua 34 sekolah menengah dan sekolah rendah dalam kawasan PPD Penampang. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya