HomeUtamaADUN Limbahau sah keluar parti KDM sokong Kerajaan Negeri

ADUN Limbahau sah keluar parti KDM sokong Kerajaan Negeri

Read Time:44 Second

PAPAR: Timbalan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Juil Nuatim (gambar) mengesahkan keluar parti KDM berkuat kuasa hari ini (21 Mei) dan menyokong Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Ahli Dewan Undangan Negeri Limbahau itu berkata, buat masa ini beliau menjadi ADUN Bebas.

“Ya saya keluar, kini sebagai ADUN Bebas buat masa ini. Untuk sertai parti lain kita tengok dahulu mana parti yang boleh membawa pembangunan dan kemajuan di kawasan DUN Limbahau,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Ditanya mengenai terdapat perselisihan antara presiden parti KDM, Juil berkata, tiada perselisihan antara mereka berdua.

“Tiada juga perselisihan dengan Presiden (Peter Anthony) cuma di peringkat negeri, kita mau bawa pembangunan di kawasan kita,” jelasnya ringkas.

Beliau turut menegaskan sokongan beliau terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

“Saya ADUN Bebas yang menyokong kepimpinan Hajiji dan Kerajaan Negeri Sabah,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Sabah siap sedia untuk Hidrogen Hijau menerusi Tenaga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya