HomeIsu tempatanLebih 2,000 penjawat awam hadir majlis perjumpaan bersama TYT

Lebih 2,000 penjawat awam hadir majlis perjumpaan bersama TYT

Read Time:1 Minute, 6 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Seramai lebih 2,000 penjawat awam persekutuan hadir ke Majlis Perjumpaan Penjawat Awam Persekutuan Bersama Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, di sini semalam.

Tetamu kenamaan terdiri daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Ali.

Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Datuk Dr. Zulkapli Mohamed, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Sr. Safar Untong dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin yang juga pengerusi pelaksana majlis.

Dalam majlis sama, juga diadakan penyampaian sumbangan Yayasan Nur Jauhar kepada 24 anak yatim dari Homes Tuaran yang disampaikan oleh Pengerusinya, Brigedier Jeneral Datuk Al-Hambra Juhar.

Sebanyak 63 gerai daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan persekutuan dibuka di dalam dewan serbaguna dan perkarangan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS) bagi menghidangkan juadah raya kepada pengunjung yang hadir.

Selain jamuan makan, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu raya daripada Badan Kesenian Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Armada Timur, 

Antara ketua-ketua jabatan yang hadir adalah daripada Polis DiRaja Malaysia, Perbendaharaan Malaysia Sabah, Lembaga Koko, Jabatan Kimia, Jabatan Penjara, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Audit Negara dan Jabatan Penerangan Negeri Sabah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya