HomeUtama24 Julai ini tarikh bicara kes rasuah Ketua Unit Penguatkuasaan Cukai Jualan...

24 Julai ini tarikh bicara kes rasuah Ketua Unit Penguatkuasaan Cukai Jualan Negeri

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen Khas Kota Kinabalu hari ini menetapkan 24 Julai ini sebagai tarikh perbicaraan ke atas seorang penjawat awam membabitkan 16 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM45,000, pada tahun 2016 dan 2017.

Tertuduh, Zulfikar Khomeini Asli, 44 ditemani peguamnya Syed Anwar Shariff Abdullah hadir ke mahkamah pada jam 9 pagi tadi (22 Mei) bagi mendengar penetapan tarikh perbicaraan kes tersebut oleh Hakim Jason Juga.

Sebelum ini, pada awal Januari lalu, di mahkamah yang sama, tertuduh mengaku tidak bersalah ke atas 16 pertuduhan iaitu pertuduhan pertama hingga kelima, tertuduh yang bertugas sebagai Ketua Unit Penguatkuasaan Cukai Jualan Negeri, Bahagian Audit Dalam di Kementerian Kewangan Sabah menerima suapan RM20,000.

Kesemua suapan itu diterima daripada pengurus sebuah syarikat kilang sawit ke dalam akaun bank tertuduh yang mempunyai kepentingan pada 20 September 2016 dan gagal melaporkan pemberian tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagi pertuduhan keenam hingga ke-10, tertuduh didakwa menerima suapan RM10,000, juga menerusi transaksi ke akaun bank daripada seorang pengurus syarikat kilang sawit pada 2 Januari 2017.

Manakala bagi pertuduhan ke 11 hingga 16 pula, tertuduh yang kini bertugas sebagai pegawai di Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah menerima RM15,000 daripada pengurus syarikat kilang sawit pada 3 Januari dan 7 Januari 2017.

Kesemua pendakwaan itu dibuat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 25(1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau dengan kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Nurul Izzati Sapifee, manakala Zulfikar diwakili peguam Syed Anwar Shariff Abdullah.

RELATED ARTICLES
Utama

3 lemas, 3 lagi hilang dihanyut kepala air ketika hiking di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya