HomeUtamaDUN Sabah : Kerajaan pastikan pelaksanaan kemudahan infrastuktur, utiliti diperhebat

DUN Sabah : Kerajaan pastikan pelaksanaan kemudahan infrastuktur, utiliti diperhebat

Read Time:1 Minute, 5 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri akan memastikan pelaksanaan pelbagai inisiatif bagi menambah baik kemudahan infrastuktur dan utiliti di Sabah akan terus diperhebat.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata, ia termasuklah jalan raya, bekalan air dan elektrik, pembetungan, pelabuhan dan dermaga serta pengangkutan awam.

Selain itu katanya, pelaksanaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo dan Projek Pembesaran Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar juga akan disegerakan.

“Pembangunan infrastruktur dan utiliti memainkan peranan penting sebagai pemboleh daya efektif untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negeri dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. 

“Justeru, Kerajaan Negeri akan memastikan pelaksanaan pelbagai inisiatif untuk menambah baik kemudahan infrastruktur dan utiliti akan diperhebatkan,” katanya.

Tun Juhar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Kerajaan Negeri sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang ke-16 di DUN Sabah di sini hari ini.

Katanya, selain itu, Kerajaan Negeri juga akan memperkukuh perancangan inisiatif pemasangan kemudahan internet teknologi satelit (VSAT) di 300 lokasi yang dikenal pasti pada tahun ini.

Tambahnya, ini adalah bagi memastikan Sabah mencapai 100 peratus kesalinghubungan internet menjelang tahun 2024 yang dijangka akan memberi manfaat kepada penduduk di kawasan pedalaman.   

“Pelaksanaan program Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang melibatkan pembinaan baharu, menaik taraf dan menambah capaian jajaran fibre optic juga akan diperkasa,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya