HomeUtamaKastam Sabah berjaya rampas keseluruhan 32.26 kg dadah bernilai RM1.244 juta

Kastam Sabah berjaya rampas keseluruhan 32.26 kg dadah bernilai RM1.244 juta

Read Time:1 Minute, 55 Second

KOTA KINABALU: Setakat 19 Mei 2023, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah berjaya merampas keseluruhan sebanyak 32.26 kilogram dadah bernilai RM1.244 juta.

Penolong Ketua Pengarah Kastam
Zon Sabah Mohd Nasir Deraman berkata, jumlah itu membabitkan tiga jenis dadah iaitu methamphetamine (24.44 kg), ganja (1.435 kg) dan ketamin (6.388 kg) masing- masing bernilai RM 879,720.80, RM 4,209.70 dan RM 360,575.00 yang cuba di bawa masuk ke negeri ini.

Selain itu, katanya, JKDM Zon Sabah juga telah merampas sebanyak 152.31 kg Daun Ketum (RM 1,523.07), Daun Ketum Kisar kasar sebanyak 5.60 kg (RM 55.55) dan Serbuk Ketum sebanyak 323.093 kg (RM 3222.17). Jumlah berat keseluruhan Ketum yang dirampas JKDM Zon Sabah sehingga kini adalah sebanyak 480.96 Kg dengan nilai rampasan sebanyak RM 4,800.79.

Beliau berkata, dua kes tangkapan direkodkan melibatkan dadah jenis methamphetamine setakat ini.

“Tangkapan tersebut melibatkan rampasan dadah jenis methamphetamine seberat 6.085 kg dengan nilai dianggarkan berjumlah RM 219,060.00,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, kes terkini, pihak JKDM zon Sabah berjaya menumpaskan dua cubaan penyeludupan dadah selepas berjaya merampas 886 gram ganja dan 3.01 kilogram ketamin.

Mohd Nasir berkata, kedua-dua dadah yang bernilai keseluruhan RM184,396 itu dibawa menggunakan perkhidmatan kurier dengan memberi maklumat palsu.

Katanya, rampasan pertama berjaya dilakukan pada 15 Mei lalu apabila dadah berkenaan berjaya dikesan melalui mesin pengimbas.

“Pasukan JKDM menemui bungkusan meragukan dan hasil pemeriksaan mendapatinya mengandungi dadah berbahaya jenis ganja.

“Kes kedua pula dikesan pada 19 Mei lalu apabila mesin pengimbas sekali lagi berjaya mengesan bungkusan meragukan yang mengandungi dadah dipercayai diseludup masuk untuk pasaran tempatan.

“Hasil pemeriksaan lanjut terhadap bungkusan berkenaan berjaya mengenalpasti dadah dipercayai jenis ketamin dengan berat kasar 3.011 kilogram,” katanya.

Menurut beliau lagi, pemeriksaan lanjut mendapati, modus operandi yang digunakan adalah dengan memberi maklumat palsu pada nota slip penghantaran.

“Pemeriksaan mendapati maklumat yang diberikan adalah menggunakan alamat yang tidak wujud selain perniagaan atau syarikat yang tidak aktif.

“Setakat ini tiada sebarang tangkapan berjaya dilakukan terhadap kedua-dua kes berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum mati mandatori atau penjara seumur hidup,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Program ‘Education For Us’ mampu perkasa peranan PIBG

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya