HomeUtamaPenganjuran Minggu Perpaduan semarakkan semangat rakyat

Penganjuran Minggu Perpaduan semarakkan semangat rakyat

Read Time:54 Second

PUTRAJAYA — Penganjuran Minggu Perpaduan adalah penting untuk menyemarakkan semangat rakyat di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim 

Selain itu kata Anwar, perayaan ini juga boleh membantu menyebarkan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan berkaitan kepelbagaian budaya serta segmen kenegaraan yang menerapkan semangat patriotisme kepada rakyat Malaysia.

Menerusi catatan di laman Facebook, Perdana Menteri memaklumkan beliau menghadiri majlis Sambutan Minggu Perpaduan Negara peringkat kebangsaan di Kuching, semalam.

“Saya kagum dengan pelbagai persembahan disaluti elemen perpaduan yang turut dihayati rakyat jelata kendatipun cuaca panas di Kuching,” katanya.

Perasmian majlis itu, yang bertemakan ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian,’ disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut hadir memeriahkan majlis Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof serta menteri-menteri Kabinet.

Minggu Perpaduan 2023, yang berlangsung dari 20 hingga 28 Mei, turut diadakan di 15 lokasi antaranya Dataran Bertam di Pulau Pinang, Dewan Masyarakat Papar di Sabah, Dataran Tasik Kluang di Johor dan Pusat Rekreasi Pantai Balok, Kuantan di Pahang.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan bakal perkenal kaedah Penjawat Awam lembap,malas tidak dapat kenaikan gaji...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya