HomeUtamaKerajaan Negeri bantu tampung kos urus bawa pulang jenazah Ag Askandar

Kerajaan Negeri bantu tampung kos urus bawa pulang jenazah Ag Askandar

Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan membantu menampung kos tambahan yang diperlukan bagi pengurusan jenazah Allahyarham Lt. Kol (PA) Ag Askandar Ampuan Yaacub untuk memastikan jenazah dapat dikebumikan di kampung halamannya di Kg Benoni, Papar sebagaimana hasrat ahli keluarga.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sebentar tadi beliau telah mengadakan sidang video bersama Dato’ Mohammad Ali Selamat, Setiausaha Bahagian Konsular Kementerian Luar Negara dan Mohd Fazle Abu Hasan, Counsellor/Charge d’Affaires, Kedutaan Malaysia di Kathmandu.

“Perbincangan berkisar tentang perkembangan terkini pengurusan membawa balik jenazah warganegara Malaysia yang terkorban dalam ekspedisi pendakian Gunung Everest. Mangsa adalah Lt. Kol (PA) Ag Askandar Ampuan Yaacub, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah yang berasal dari Kampung Benoni, Papar.

“Terkini saya dimaklumkan bahawa pasukan sherpa dijangka membawa turun jenazah dari Camp 4 ke Base Camp pada jam 2.00 petang (waktu tempatan) hari ini.

“Pihak kedutaan juga memaklumkan bahawa jenazah Lt. Kol (PA) Ag Askandar dijangka akan dibawa turun dari Base Camp ke Kathmandu pada keesokan hari apabila keadaan cuaca mengizinkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan dengan itu beliau telah berbincang dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengenai perkara itu.

“Sebagai Menteri yang bertanggungjawab kepada APM dan Ahli Parlimen Papar, saya telah berbincang dan memaklumkan perkembangan terkini kepada YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.

“Ketua Menteri Sabah memberikan komitmen bahawa Kerajaan Negeri akan membantu menampung kos tambahan yang diperlukan di luar tanggungan insurans bagi pengurusan jenazah Allahyarham Lt. Kol (PA) Ag Askandar untuk memastikan jenazah dapat dikebumikan di kampung halaman di Papar, Sabah sebagaimana hasrat ahli keluarga.

“Begitu juga Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menyalurkan sumbangan untuk tujuan menambah tanggungan kos pengurusan,” katanya.

Pada masa yang sama, Armizan turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang berhasrat untuk menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui Yayasan Kebajikan Sabah (YKS).

“Keprihatinan Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Sabah amatlah dihargai,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya