HomeUtamaPenstrukturan semula QSB, lebih kukuh dan menguntungkan - Dr Yusof

Penstrukturan semula QSB, lebih kukuh dan menguntungkan – Dr Yusof

Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Qhazanah Sabah Berhad (QSB) komited memperkasakan operasi syarikatnya dengan menyusun semula ahli barisan lembaga pengurusan dan merombak semula anak-anak syarikat miliknya.

Seratus hari mengambil alih jawatan sebagai pengerusi QSB sejak 11 Januari lalu, Datuk Dr Yusof Yacob telah mendedahkan beberapa agenda penting dalam QSB antaranya QSB telah menyusun semula barisan Ahli Lembaga Pengarah (Board of Director) dan barisan pengurusan tertinggi QSB.

Menurutnya, penstrukturan semula dalam kumpulan syarikat itu adalah untuk mengukuhkan syarikat milik kerajaan RM1 bilion itu supaya lebih menguntungkan.

“Kami juga merombak semula anak-anak syarikat bagi memaksimumkan prestasi operasi dan setiap anak syarikat harus mempunyai projek yang proaktif dengan menerapkan amalan tadbir urus yang baik dalam operasi serta pengkhususan dalam bidang-bidang yang diterajui.

“Fokus utama QSB adalah “tadbir urus yang baik” melalui penubuhan Unit Integriti iaitu penempatan Pegawai Integriti (Pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) di QSB serta penubuhan Unit Polisi dan Pematuhan (Policy & Compliance) selain memperkasa sektor kesihatan, tenaga lestari dan telekomunikasi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dr Yusof berkata, penempatan pegawai SPRM diletakkan di QSB adalah sebahagian daripada langkahnya untuk mewujudkan “integriti dan ketelusan” bagi organisasi itu dalam membina kepercayaan dengan pemegang kepentingan dan pelabur.

Katanya, pegawai SPRM tersebut akan membantu membimbing memastikan operasi syarikat dengan 11 anak syarikat serta bertindak secara profesional dan telus dalam urusan mereka.

Dalam pada itu beliau juga bercadang untuk meluaskan perniagaan QSB dalam bidang perubatan di mana anak syarikatnya, WH Medicare Sdn Bhd, berhasrat untuk membina hospital serta lebih banyak klinik bagi menyediakan penjagaan kesihatan untuk orang ramai terutamanya penduduk di luar bandar.

Disamping itu QSB juga mahu mewujudkan lebih banyak hasil untuk manfaat kerajaan negeri dan rakyat Sabah selain sektor kesihatan tetapi juga dalam bidang pendidikan dan peluang pekerjaan untuk golongan B40.

RELATED ARTICLES
Utama

Generasi muda perlu rebut peluang dalam industri pertanian – Amisah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya