HomeIsu tempatanKegiatan seleweng diesel di Inanam tumpas

Kegiatan seleweng diesel di Inanam tumpas

Read Time:2 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sabah telah menumpaskan kegiatan penyelewengan barang kawalan diesel dalam satu operasi di sebuah stor tidak bernombor di kampung Bantayan, Inanam petang tadi (22 Mei).

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Negeri Sabah Zulfamy Mat Udi berkata, pada jam 3:00 petang tadi, pasukan serbuan telah menjumpai dan menyita sebanyak 2,200 liter minyak diesel dalam skid tank, dan tong drum yang disyaki untuk dijual kepada industri beserta hos getah dan electronic pump yang disyaki digunakan untuk menyeleweng dengan nilai sitaan keseluruhan berjumlah RM10,830.00.

“Seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai pemilik barang kawalan di lokasi serbuan turut ditahan dan diambil keterangan bagi tujuan membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Zulfamy, risikan telah dijalankan selama empat hari oleh KPDN Sabah sebelum serbuan dijalankan.

“Berdasarkan keterangan awal, pemilik barang kawalan tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran dan lesen yang sah untuk menyimpan barang kawalan di lokasi berkenaan,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, kes ini akan disiasat di
bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang
kawalan dengan tujuan untuk melakukan kesalahan yang dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana menjalankan urus niaga barang kawalan tanpa lesen.

Katanya, siasatan juga akan dilakukan di bawah Seksyen 20(1) akta sama kerana menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak mendapat kebenaran pengawal.

“Manakala di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122), mana-mana individu yang disabit dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi
RM1 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda
tidak melebihi RM2 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta,” tegas beliau.

Justeru, KPDN Negeri Sabah akan terus menjalankan pemeriksaan dan
pemantauan secara berterusan ke atas semua kegiatan berkaitan barang kawalan di negeri Sabah agar tidak berlaku sebarang bentuk
penyelewengan terhadap barang kawalan berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti yang melanggar perundangan itu boleh menyalurkan aduan kepada pihak kementerian melalui saluran berikut:
1) Whatsapp 019-279 4317 / 019-848 8000;
2) Portal Aduan: e-aduan.kpdn.gov.my;
3) Call Centre 1-800-886-800;
4) Emel: [email protected] ;
5) Ez ADU KPDN;
6) Hadir sendiri ke Pejabat KPDN yang berdekatan;
7) Pusat Arahan Penguat kuasaan (Enforcement Command
Centre): 03 – 8882 6088 / 6245;
8) Surat Rasmi ke Pejabat KPDN yang berdekatan; dan
9) Bilik Gerakan KPDN Negeri (senarai nombor talian sila layari portal rasmi)

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Laluan masuk jejantas Skybridge ke Centre Point dibuka kepada awam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya