HomeUtamaDUN Sabah : ADUN Sabah ditegur berhubung ungkapan 'Sabah Maju Jaya'

DUN Sabah : ADUN Sabah ditegur berhubung ungkapan ‘Sabah Maju Jaya’

Read Time:1 Minute, 12 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Slogan ‘Sabah Maju Jaya’ perlu disebut secara terhormat dan perlu mengelak dari mengungkap slogan itu dengan cara yang berbaur penghinaan atau mempersenda.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Ahmad Abdul Rahman berkata, slogan ‘Sabah Maju Jaya’ yang terpapar pada jata negeri adalah sebahagian daripada kehormatan negeri bersama-sama bendera negeri yang termaktub dalam Perlembagaan Sabah.

“Saya kagum kerana setiap kali saya duduk di sini mendengar Yang Berhormat (YB), bukan semua, mengatakan ‘Sabah Maju Jaya’ tapi tidak buat perkara yang disyorkan. Jangan guna (sebut) perkataan Sabah Maju Jaya sebagai penghinaan kepada kerajaan. Saya sebagai speaker memegang Perlembagaan Negeri, begitu juga YB.

“Kalau ada masa YB lihat (baca) perlembagaan. Dalam perlembagaan ada disebut mengenai bendera dan logo (jata) dan YB juga mengangkat sumpah atas nama perlembagaan.

“Apabila kamu (ADUN) mengugut Sabah Maju Jaya dan mengaitkannya dengan kerajaan sedia ada itu adalah salah,” katanya pada sesi perbahasan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, hari ini.

Ahmad mencelah perbahasan ADUN Telupid (PBS), Jonnybone J Kurum, yang antara lain ada menyebut slogan ‘Sabah Maju Jaya’ berbaur penghinaan berdasarkan apa yang disebut orang ramai berhubung kekecewaan mereka terhadap kemudahan asas yang tidak memuaskan di kawasannya.

‘Sabah Maju Jaya’ adalah slogan atau motto negeri Sabah dalam jata negeri yang turut dijadikan nama pelan pembangunan negeri di bawah kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ketika ini yang disebut Hala Tuju Sabah Maju Jaya atau SMJ.

RELATED ARTICLES
Utama

Bakal jemaah haji Sabah perlu siapkan diri dari aspek mental, kekuatan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya