HomeUtamaDUN Sabah : KKR Sabah susun semula langkah tindakan tangani isu air...

DUN Sabah : KKR Sabah susun semula langkah tindakan tangani isu air yang semakin mendesak

Read Time:2 Minute, 24 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kementerian Kerja Raya (KKR) Sabah melaksanakan beberapa perancangan termasuk menyusun semula langkah-langkah tindakan yang lebih berkesan termasuk menangani isu air yang semakin mendesak di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, isu bekalan air di negeri ini dilihat amat membimbangkan khususnya di bandar-bandar utama termasuk Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu dan Sandakan.

“Antara cadangan atau program bagi menangani masalah bekalan air terawat di Sabah adalah membina, menaiktaraf, memulih sistem pengeluaran air yang akan dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran Bekalan Air Terawat.

“Aebanyak 20 projek membina, menaiktaraf dan memulih Sistem Pengeluaran Air telah diberi keutamaan dengan anggaran kos keseluruhannya berjumlah RM12 billion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan KKR Sabah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Katanya yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, sebanyak dua projek mengurangkan kadar Kehilangan Air Tidak Berhasil (NRW) telah disenaraikan iaitu bagi mengurangkan kadar NRW yang menyebabkan kerugian dalam kutipan hasil Negeri.

Menurutnya, dua projek berkenaan ialah Program Mengurangkan Kadar NRW dan Program Pemasangan Smart Meter di seluruh Negeri Sabah.

“Selain itu, sebanyak 13 projek membina, menaiktaraf dan mengganti sistem agihan air dan pam air dan janakuasa perlu dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan Bekalan Air Terawat.

“Bagi meningkatkan Kadar Liputan Bekalan Air Terawat di kawasan luar bandar, sebanyak 18 buah projek telah disenaraikan ,” katanya.

Beliau turut berkata, gangguan kualiti air mentah yang berpunca daripada kekeruhan tinggi, paras air cetek, penyusupan air masin dan ammonia/manganese sering menyebabkan operasi Loji Rawatan Air (LRA) terpaksa dihenti tugas bagi mengelakkan gangguan kepada kualiti air terawatt.

“Ini adalah selaras kepada pematuhan National Standard Drinking Water Quality akibat bebanan proses rawatan yang melebihi keupayaan Loji Rawatan Air sedia ada.

“Justeru itu, bagi memastikan penutupan LRA dapat diminimakan dan meningkatkan keupayaan menangani impak daripada masalah kualiti air mentah, sebanyak empat Projek Peningkatan Kualiti Air telah disenaraikan,” katanya.

Tambahnya lagi, sebanyak tiga projek telah disenaraikan bagi menyediakan kemudahan ruangan pejabat yang lebih kondusif dan memberikan keselesaan bukan sahaja kepada kakitangan JANS, tetapi juga untuk manfaat masyarakat selaku pelanggan kepada JANS.

“Bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam dalam pengurusan Bekalan Air Terawat melalui transformasi teknologi digital, satu projek telah dirancang untuk membangunkan sistem pemantauan dan pengurusan sistem maklumat rangkaian bekalan air,” katanya.

Sementara itu, Shahelmey berkata, pengisian kesemua jawatan-jawatan yang diperlukan oleh JANS amat diperlukan untuk memastikan operasi dalam penyaluran Bekalan Air Terawat oleh JANS berada pada tahap yang terbaik.

Katanya, dengan mempunyai kakitangan penguatkuasaan yang mencukupi, Kadar Tunggakan Hasil yang tinggi akan dapat diatasi secara tidak langsung akan dapat meningkatkan Hasil Negeri.

“Justeru itu, anggaran sejumlah RM18.37 bilion diperlukan untuk membolehkan Jabatan Air Negeri Sabah melaksanakan tindakan dan mitigasi yang telah dikategorikan sebagai mendesak dan perlu dilaksanakan mengikut keperluan jadual perancangan bagi memastikan bekalan air terawat dapat dislaurkan dengan sempurna untuk kesejahteraan rakyat di negeri Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Jabatan Perhutanan perlu terus tingkatkan kutipan hasil hutan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya