HomeUtamaDUN Sabah : Pindaan Perkara 6 (7) selaras dengan perkembangan semasa politik...

DUN Sabah : Pindaan Perkara 6 (7) selaras dengan perkembangan semasa politik negara

Read Time:1 Minute, 39 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Pindaan Perkara 6 (7) Perlembagaan Sabah dalam Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan 2023) mengenai larangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertukar parti adalah selaras dengan perkembangan semasa politik negara.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pindaan terhadap perkara itu adalah bagi menyenangkan Tuan Yang Terutama (TYT) untuk membuat keputusan dengan mengambil kira situasi Pilihan Raya Umum (PRU) baru-baru ini.

“Kalau ikut Perlembagaan Perkara 6 (7) itu, parti yang mendapat majoriti, ketua parti yang dapat majoriti hendaklah dilantik menjadi Ketua Menteri.  Tetapi TYT menggunakan kebijaksanaan budi bicara beliau.

“Beliau memikirkan walaupun ada satu parti yang mendapat bilangan yang banyak tetapi tidak melepasi majoriti mudah.  Oleh kerana itu TYT melantik yang beliau fikir seorang ADUN yang mendapat sokongan majoriti daripada ADUN-ADUN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas RUU Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan 2023) mengenai larangan ADUN bertukar parti diluluskan DUN Sabah, malam ini.

Hajiji membentangkan RUU meminda Perlembagaan Sabah berkaitan larangan ADUN bertukar parti pada petang tadi sebelum dibahas panjang lebar seramai 13 ADUN pembangkang dan kerajaan.

RUU itu kemudian diluluskan melalui dua undi belah bahagian pada kira-kira jam 7 malam tadi dengan sokongan lebih dua pertiga ADUN yang hadir pada Persidangan DUN Sabah, kali ini.

Katanya, RUU yang diluluskan itu dijangka diwartakan dalam beberapa minggu dari sekarang selepas diserahkan kepada TYT untuk mendapat perkenan.

Perkara 6(7) itu berkaitan panduan TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah memilih Ketua Menteri dari parti atau gabungan yang memenangi pilihan raya.

“Kita beri mereka (ADUN) peluang untuk bahas dan kebanyakan ADUN terbabit membahaskan Perkara 6 (7) pindaan perlembagaan,” katanya.

Sementara itu, Hajiji menyatakan kegembiraannya terhadap suasana Persidangan DUN kali ini yang disifatkannya sangat berkualiti.

“Saya cukup gembira kerana wakil rakyat kerajaan dan pembangkang saya nampak kualiti perbahasan mereka kali ini cukup bagus.

“Kita terima sama ada dia menyokong atau tidak tetapi hakikatnya kita nampak ada peningkatan dari segi perbahasan ADUN kita,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular