UNESCO isytihar Kinabalu National Geopark sebagai Global Geopark

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Sabah bangga menjadi pemilik tapak UNESCO Triple Crown, ketiga di dunia yang mendapat pengiktirafan sedemikian selepas pengisytiharan Kinabalu National Geopark sebagai Kinabalu UNESCO Global Geopark.

Mengumumkan hari ini, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Sabah antara tiga tapak UNESCO yang diiktiraf selepas Pulau Jeju di Korea dan Shennongjia di China.

Keputusan itu dibuat oleh Lembaga Eksekutif UNESCO di Paris pada 24 Mei lalu.

Dua lagi mahkota (crowns) UNESCO di Taman Kinabalu ialah Tapak Warisan Dunia (diisytiharkan pada 2 Disember 2000) dan Rizab Biosfera Crocker Range UNESCO (diisytiharkan pada
12 Jun 2014).

“Ini adalah satu pencapaian yang hebat bagi Kerajaan Negeri di bawah inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya melalui Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dan Taman-Taman Sabah.

“Kinabalu UNESCO Global Geopark yang meliputi kawasan seluas 4,750 kilometer persegi, adalah
kini secara rasminya merupakan destinasi Geopelancongan Global yang menambah nilai penting kepada produk Sabah eko-pelancongan sedia ada.

“Geopark adalah rumah kepada banyak tumbuhan dan haiwan endemik, termasuk 90 spesies orkid
hanya terdapat di Gunung Kinabalu. Ini termasuk spesis burung ayam hutan berkepala merah (crimson-headed partridge bird) yang tidak ditemui
di mana-mana sahaja di bumi yang akan membawa faedah langsung dan tidak langsung kepada sosio-ekonomi, khususnya kepada lebih 290,000 komuniti tempatan dalam daerah Kota Belud, Kota Marudu dan Ranau,” katanya.

Dengan pengisytiharan Kinabalu
National Geopark sebagai UNESCO Global Geopark, kini menjadikan 195 geopark di dunia terletak di 48 negara.

Label UNESCO Global Geopark mengiktiraf kepentingan warisan geologi antarabangsa. Geopark memberi perkhidmatan kepada komuniti tempatan dengan menggabungkan pemuliharaan
warisan geologi mereka yang penting dengan jangkauan awam dan pendekatan yang mampan untuk
pembangunan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *