HomeIsu tempatanToh Puan Norlidah santuni warga Kedutaan Malaysia di Bern

Toh Puan Norlidah santuni warga Kedutaan Malaysia di Bern

Read Time:30 Second

Bern, Switzerland :   Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang berada di Switzerland Isnin lalu, sempat meluangkan masa menyantuni warga Pejabat Kedutaan Malaysia di Bern.

Setiausaha Perhubungan Kepada Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin, Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir berkata, kunjungan tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan tujuh kakitangan di pejabat kedutaan berkenaan.

Dalam kunjungan tersebut, Toh Puan Norlidah turut diberi taklimat ringkas mengenai operasi pejabat itu oleh Kuasa Usaha Sementara yang juga Setiausaha Pertama, Ahmad Benyamine Noor Rahimin.

Turut mengiringi Toh Puan Norlidah ialah Isteri Pembantu Kepada Ketua Menteri, Datin Wahida Mardiana Salim.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya