HomeUtamaDUN Sabah : Sabah lulus RUU Antilompat Parti

DUN Sabah : Sabah lulus RUU Antilompat Parti

Read Time:1 Minute, 47 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 yang memperuntukkan larangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertukar parti.

RUU Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan 2023) itu diluluskan selepas mendapat sokongan lebih dua pertiga ADUN yang hadir.

Sebelum itu, seramai 13 ADUN mengambil bahagian dalam perbahasan termasuklah ADUN Tanjung Papat; Senallang; Kadamaian; Moyog; Kunak; Tungku; ADUN Dilantik (Datuk Seri Yong Teck Lee); Sri Tanjung; Sindumin; Sekong; Kuamut; Telupid dan Segama.

Sebanyak dua pengundian belah bahagian untuk Fasal 2 berkaitan pindaan Perkara 6 (7) Perlembagaan Sabah dan pengundian bacaan kali ketiga RUU larangan bertukar parti.

Bagi pengundian belah bahagian Fasal 2, seramai 61 ADUN menyokong, manakala 14 lagi tidak bersetuju dan empat lagi tidak hadir.

Manakala bagi pengundian bacaan ketiga RUU larangan bertukar parti , seramai 75 ADUN menyokong dan empat tidak hadir bagi pengundian bacaan ketiga RUU larangan bertukar parti dan tiada yang berkecuali dalam kedua-dua pengundian.

Fasal 2 dalam RUU itu adalah berkaitan pindaan Perkara 6, iaitu memotong Fasal (7) berhubung panduan Yang di-Pertua Negeri Sabah dalam memilih Ketua Menteri dari parti atau gabungan yang memenangi pilihan raya.

Terdahulu, ketika membentangkan RUU berkenaan, Ketua Menter Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pindaan itu adalah bertujuan bagi memastikan kestabilan politik dan mengelakkan negeri terus berdepan dengan krisis politik yang tidak berkesudahan.

“Pindaan undang-undang ini juga akan memberikan mesej yang jelas kepada setiap ADUN supaya berpegang teguh kepada prinsip parti yang diwakili untuk melindungi mandat rakyat yang telah memberi undi serta kepercayaan tinggi kepada Ahli yang dipilih ketika proses pilihan raya.

“Selain daripada itu, saya yakin RUU ini juga mampu menghentikan tindakan mana-mana ADUN yang dipilih dan dilantik daripada bertukar parti tanpa sebab kukuh atau alasan yang munasabah sekaligus memastikan kestabilan politik di Negeri ini untuk suatu jangka masa yang panjang,” katanya.

Kelulusan RUU itu sekali gus mengulangi keputusan RUU sama yang pernah diluluskan kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) lebih 30 tahun lalu.

Undang-undang melarang wakil rakyat melompat parti yang diluluskan PBS itu bagaimanapun dimansuhkan selepas diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi pada waktu itu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular