HomePolitikPenyertaan bekas Timbalan Presiden KDM ke GRS amat dialu-alukan - Masiung

Penyertaan bekas Timbalan Presiden KDM ke GRS amat dialu-alukan – Masiung

Read Time:1 Minute, 6 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Penyertaan bekas Timbalan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Juil Nuantim ke dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah amat dialu-alukan.

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Masiung Banah berkata, pihaknya berharap agar rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Limbahau akan turut mendapat manfaat dari peruntukan Kerajaan.

“Saya yakin di bawah landasan GRS, rakyat pelbagai kaum di Sabah jelas dapat disatukan dalam satu gabungan politik.

“Keputusan Wakil Rakyat Limbahau itu menyertai GRS amat bertepatan dengan situasi parti yang beliau (Juil) wakili sebelum ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 20 Mei lalu Juil mengisytiharkan keluar dari KDM dan meletakan semua jawatan dalam parti itu dan menyertai GRS.

Ketika ditemui semasa menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam, Wakil Rakyat Limbahau itu berkata, beliau mengambil keputusan itu selepas membuat pertimbangan secara matang.

Walaupun katanya, KDM bernaung di bawah kerajaan Perpaduan  peringkat  nasional namun agak sukar diterima dalam GRS di peringkat negeri.

“Buat pada masa ini saya belum memikirkan untuk menyertai mana-mana parti tempatan, memadailah saya terus bernaung di bawah GRS,”katanya.

Menurutnya, gabungan baharu Umno, Warisan dan KDM yang diumumkan baru-baru ini jelas memberi petunjuk tiga parti itu bakal menjadi pembangkang di peringkat neger Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Kemelut MPN Sabah Akan Diputuskan Dalam Jangka Masa Terdekat – Anwar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya