HomeUtamaKPDN akan pastikan bekalan gula sentiasa ada di pasaran

KPDN akan pastikan bekalan gula sentiasa ada di pasaran

Read Time:1 Minute, 44 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan sentiasa memastikan bekalan gula sentiasa ada di pasaran di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ia termasuklah memastikan sekurang-kurangnya 42,000 tan metrik gula yang dikawal harga oleh kerajaan ada di pasaran seluruh negara setiap bulan.

Katanya, bekalan itu juga tidak boleh kurang daripada jumlah yang ada sebagai syarat untuk pengeluar menjual gula bertapis jernih yang tidak dikawal harga untuk tempoh sebulan.

“Baru-baru ini, ada desas-desus berlaku kenaikan harga gula rakyat atau gula yang dikawal harga adalah tidak benar, sebaliknya ia dikaitkan dengan gula bertapis jernih yang tidak dikawal harga bagi keperluan industri yang dijelaskan pihaknya dua hari lalu.

“Mungkin juga gula itu (yang tidak dikawal) boleh dieksport dan dijual dengan harga pasaran di luar. Tapi, kita akan memastikan gula putih kasar dan halus yang dijual pada harga RM2.85 bagi kasar dan RM2.95 bagi yang halus  itu mesti ada di pasaran.

“Bekalan gula (dikawal harga) untuk seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak sebanyak 42,000 tan metrik sebulan mesti ada di pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Pesta Kaamatan, di sini, hari ini.

Salahuddin berkata, Ops Manis yang dilancarkan KPDN sebelum ini akan memastikan bekalan gula rakyat sama ada jenis yang kasar atau halus ada di pasaran seluruh negara sepanjang masa.

“Itu adalah syarat kepada industri untuk mengeluarkan gred gula bertapis jernih yang tidak kita kawal (harga). Saya juga sudah memberi arahan kepada pihak penguatkausa untuk pantau setiap hari dalam tempoh sebulan ini,”katanya. 

Dalam pada itu, Salahuddin berkata kerajaan amat serius menangani isu penyelewangan minyak masak bersubsidi dalam paket satu kilogram bagi memastikan ia sampai kepada rakyat.

Katanya, tindakan tegas akan diambil KPDN terhadap mana-mana pihak yang dikesan melakukan penyelewengan semua barangan bersubsidi termasuk minyak masak dalam paket.

“Tindakan tegas akan diambil oleh KPDN dari semasa ke semasa dan saya sangat serius dalam isu ini. Kerajaan sangat fokus mengenai barangan bersubsidi agar tiada penyelewengan dan mesti sampai kepada rakyat,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular