HomeUtamaKerajaan berusaha bantu dalam aspek pendidikan anak-anak Allahyarham Ag Askandar

Kerajaan berusaha bantu dalam aspek pendidikan anak-anak Allahyarham Ag Askandar

Read Time:1 Minute, 36 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kerajaan amat prihatin dan berusaha untuk membantu dalam pengurusan kebajikan khususnya dalam aspek pendidikan anak-anak Allahyarham Leftenan Kolonel Ag Askandar Ampuan Yaacub.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pihak kementeriannya akan membantu Angkatan Pertahanan Awam (APM) khususnya membantu dalam pengurusan tentang kelayakan perjawatan beliau (Ag Askandar) di kerajaan.

“Selain membantu dalam pengurusan untuk kita menuntut insuran kepada Allahyarham untuk kita serahkan kepada waris beliau.

“Pada masa sama juga kita sedang berusaha dapatkan sumbangan daripada beberapa pihak, insyaAllah esok kita dapat muktamadkan dan pada peringkat awal ini untuk kita membantu khususnya dalam pengurusan keluarga dalam masa terdekat dan juga untuk anak-anak Allahyarham khususnya dalam aspek pendidikan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa menunggu ketibaan jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Allahyarham Ag Askandar, 56, di MAS Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) petang tadi.

Armizan berkata, pihaknya amat prihatin dengan kebajikan keluarga terdekat iaitu isteri dan anak-anak Allahyarham.

“Allahyarham Ag Askandar yang juga merupakan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Kedah ini mempamerkan satu semangat komitmen dan iltizam yang sangat tinggi bukan hanya sebagai penjawat awam tetapi sebagai contoh seorang kakitangan pegawai APM yang begitu komited.

“Ini merupakan misi keempat beliau (Ag Askandar) dalam Ekspedisi Everest ini bermula 2019 saban tahun beliau terlibat dalam ekspedisi tidak lain tidak bukan untuk membawa semangat ‘Malaysia Boleh’ itu sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai iltizam untuk menawan puncak tertinggi dunia itu,” katanya.

Sementara itu, pada masa yang sama, Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, beliau berpuashati dengan kerjasama yang diberikan oleh pejabat kedutaan besar yang berada di Kathmandu.

“Alhamdulillah kita berpuashati dengan kerjasama yang telah diberikan oleh pejabat kedutaan besar yang berada di Kathmandu, di Wisma Putra juga kita telah menubuhkan War Room kita iaitu bilik operasi kita selama 24 jam di Wisma Putrajaya untuk memudahkan penyaluran maklumat semasa membawa balik jenazah ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya