HomeUtamaKPT sentiasa beri galakan, intensif bantu pelajar B40 ikuti pengajian pendidikan tinggi

KPT sentiasa beri galakan, intensif bantu pelajar B40 ikuti pengajian pendidikan tinggi

Read Time:1 Minute, 37 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa memberi galakan dan intensif bagi membantu pelajar golongan B40 untuk mengikuti pengajian dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Timbalan Menteri  Pendidikan Tinggi Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, ia dilaksanakan menerusi Program Dermasiswa B40 TVET yang mahu mengikuti pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di IPTA sejak tahun 2022.

“Program Industry On Campus (IOC) sebagai salah satu inisiatif kepada pelajar untuk merasai persekitaran sebenar industri ke dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PDP).

“Melalui strategi ini, Kementerian menyasarkan Politeknik yang menawarkan Program TVET dapat menjalinkan hubungan yang akrab dan serius dengan pihak industri sekaligus dapat merapatkan jurang antara kehendak industri dengan sumber pekerja mahir tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Jom Masuk U 2023 Zon Sabah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini.

Yusof berkata, selain politeknik, Kolej Komuniti juga perlu menjadi destinasi utama pilihan bagi pelajar yang berminat mengembangkan bakat dan kemahiran.

Katanya, ianya terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk mereka yang telah kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan peluang membina kemahiran lain dan meneruskan minat yang pernah tergendala mahupun menyokong peralihan kerjaya. 

“TVET merupakan alternatif kepada pendidikan akademik yang memberikan penekanan kepada kemahiran teknikal dan praktikal bagi memenuhi keperluan industri yang semakin berkembang.

“Namun, terdapat cabaran yang dihadapi oleh TVET di Malaysia kerana persepsi ramai yang masih mengutamakan pendidikan akademik berbanding pendidikan teknikal menjadi antara faktor cabaran bidang TVET,” katanya.

Sementara itu, Yusof berkata, Sabah merupakan salah sebuah negeri yang terkenal dengan keunikan masyarakat      yang    terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya.

Katanya, di wilayah ini, pembangunan dalam bidang pendidikan sentiasa mendapat perhatian pihak kerajaan, pemimpin mahupun masyarakat tempatan. 

“Melalui pendidikan, kita memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk pembangunan diri dan masyarakat.

“Ini kerana Pendidikan adalah asas untuk membina masa depan yang lebih baik bagi individu, masyarakat dan negara,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular