HomeSukanPembangunan bola sepak bermula di peringkat akar umbi

Pembangunan bola sepak bermula di peringkat akar umbi

Read Time:1 Minute, 16 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Program pembangunan bola sepak khususnya di negeri ini dilihat amat penting dalam membantu kemajuan sukan itu di Malaysia.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Dato’ Sivasundaram a/l Sithamparam Pillai berkata, ia dapat dilihat menerusi penganjuran Liga Suparimau dan Liga Akademi Tunas Sabah dan Labuan di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

“Penganjuran kedua-dua liga (liga suparimau dan liga akademi tunas NFDP) sangat baik dalam konteks pembangunan bola sepak kerana ia bermula dengan pendedahan di peringkat kanak-kanak lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau pertandingan Liga Suparimau dan Liga Akademi Tunas Sabah dan Labuan di bawah NFDP di sini, pagi tadi.

Sivasundaram berkata, berdasarkan data yang diterima pihaknya, terdapat kira-kira 30,000 pelatih terbabit dalam program pembangunan bola sepak NFDP di seluruh negara sehingga kini dan kira-kira 12,000 pemain terlibat dalam liga suparimau.

Liga Suparimau diadakan bermula hari ini di padang sintetik Kompleks Sukan Likas di sini manakala Liga Akademi Tunas NFDP berlangsung di padang SUKMA.

Hadir sama Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), David Wisom dan pegawai SAFA yang juga Timbalan Pengerusi TABS SAFA Bandaraya, Lokman Sunggim.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Remaja Negeri (KJRN), Omar Maya Amat berkata, sebanyak enam Akademi Tunas (AT) di Sabah mengambil bahagian dalam Liga Akademi Tunas NFDP itu bagi pusingan pertama itu.

Ia terdiri dari AT WP Labuan, Keningau, Tawau, Kota Kinabalu, Kinabatangan dan Kota Belud manakala pusingan kedua liga itu akan diadakan pada Oktober tahun ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala Malaysia : Sabah FC waspada bertemu pasukan bekas ‘Ketua Kampung...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular