Piala FA : Kehilangan fokus masih membelenggu Sabah FC

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 1 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Sabah FC masih berdepan masalah sama apabila kehilangan fokus selepas mendahului perlawanan.

Perkara itu diakui Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee yang melihat masalah itu telah berlarutan pada tiga perlawanan sebelum ini.

“Pada perlawanan ini kita tidak bermain seperti mana sebelum kita mendapatkan gol.  Selepas kita mendapatkan gol pertama kita mulai hilang fokus dimana membenarkan pasukan Kuala Lumpur mendapat dua gol.

“Pada separuh masa kedua, kita menunjukkan satu kesungguhan tetapi itu sudah terlambat dimana peluang-peluang yang kita cipta gagal disempurnakan, jadi sikap ini perlu diperbaiki.

“Dimana pada tiga perlawanan kebelakangan ini, selepas mendahului kita dibolosi namun kali ini kita dibolosi tapi kita gagal dapat kemenangan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas tamat perlawanan menentang Kuala Lumpur City FC pada saingan Piala FA di Stadium Likas yang berkesudahan Sabah FC tewas 1-2.

Pada perlawanan itu, gol tunggal Sabah dijaringkan pemain import Gabriel Peres menerusi sepakan penalti pada minit ke-6 manakala gol Kuala Lumpur City FC dijaringkan Romel Morales dan T.Saravanan masing-masing pada minit ke-11 dan minit ke-44.

Kuala Lumpur City FC akan bertemu Terengganu FC pada peringkat separuh akhir Piala FA. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *