Piala FA : Sabah FC gagal ke peringkat separuh akhir

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Hasrat Sabah FC untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Piala FA tidak kesampaian apabila tewas 1-2 kepada Kuala Lumpur City FC di Stadium Likas di sini petang tadi.

Sebaik babak pertama bermula, Sabah lebih banyak menguasai permainan dengan melakukan beberapa percubaan bagi mendapatkan gol awal.

Kesilapan pertahanan pasukan pelawat yang menjatuhkan pemain import Sabah FC Jailton Paraiba dalam kotak penalti membolehkan tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti.

Sepakan penalti itu berjaya disudahkan pemain import Sabah FC , Gabriel Peres pada minit ke-6 menjadikan tuan rumah mendahului 1-0.

Lima minit berselang, Kuala Lumpur City FC hampir menyamakan kedudukan selepas pemain import Romel Morales membuat percubaan pada minit ke-11 namun sepakannya melewati palang Sabah.

Serangan demi serangan yang dibuat pasukan pelawat akhirnya berjaya membuahkan hasil apabila Morales menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-29 menjadikan kedudukan berubah 1-1.

Minit akhir perlawanan, pasukan pelawat sekali lagi berjaya menambah gol kedua menerusi jaringan T. Saravanan pada minit ke-44 menjadikan kedudukan berubah 1-2.

Tamat masa rehat, kedua-dua pasukan saling membuat serangan bagi menambah gol.

Namun keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan menjadikan Kuala Lumpur City FC bakal bertemu Terengganu FC pada peringkat separuh akhir Piala FA. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *