Pitas komited lahirkan lebih ramai pelapis sukan bola sepak berkualiti

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 21 Second

PITAS: Daerah Pitas terus komited dalam melahirkan lebih ramai pelapis sukan bola sepak yang berkualiti.

Timbalan Ketua Menteri lll merangkap merangkap Presiden SAFA, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, ini dapat dilihat dengan penganjuran Kejohanan Bola Sepak Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N3 Pitas bersama SAFA Daerah Pitas yang bertujuan bagi mencungkil bakat-bakat baharu di daerah ini.

“Ia juga dilihat mampu menarik minat belia terhadap sukan bola sepak serta dalam masa sama mengeratkan perpaduan sesama masyarakat.

“Diharap penganjuran program seumpama ini mencapai objektifnya seterusnya dapat melahirkan bakat-bakat pemain bola sepak yang berpotensi tinggi diketengahkan.

“Dalam pada itu, SAFA juga dalam masa terdekat akan bakal mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat ini bagi merangka pelan-pelan pembangunan dan perancangan terhadap perkembangan bola sepak negeri Sabah,” katanya pada Majlis Perasmian Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN N3 Pitas bersama SAFA Daerah Pitas disini, pada Ahad.

Sementara itu, ADUN N3 Pitas, Datuk Seri Dr Ruddy Awah berkata kejohanan yang julung kali diadakan ini merupakan salah satu usaha dalam melahirkan bakat-bakat pemain bola sepak yang berpotensi yang ada di daerah ini.

“Kejohanan seumpama ini sangat-sangat diperlukan oleh warga belia daerah ini untuk memastikan bakat mereka berjaya dicungkil.

“Diharapkan juga semua pasukan yang bertanding dalam kejohanan ini dapat mempamerkan kemahiran masing-masing serta bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi,” katanya.

Sebanyak 30 pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan selama sebulan bermula 1 Jun bagi merebut hadiah yang ditawarkan berjumlah lebih RM30,000.

Hadir sama, Pegawai Daerh Pitas, Nahalan Mehdunah, Timbalan Presiden II SAFA, Datuk Awang Kadin, Naib Presiden II SAFA, Rafie Robert dan Pemenang Pingat Emas Pencak Silat Sukan Sea Kemboja, Norsyakirah Muksin.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *