Pembantu kedai wanita maut ditikam bekas tunang

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Seorang pembantu kedai wanita maut dipercayai ditikam bekas tunangnya dalam kejadian di sebuah premis di pusat membeli belah di Jalan Haji Saman, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 22 tahun ditemui dalam keadaan tenat dan berlumuran darah.

Menurut seorang saksi, ketika kejadian dia terdengar orang menjerit, kemudian dia melihat anggota pengawal keselamatan meluru ke arah bunyi jeritan itu dan mendapati seorang wanita dalam keadaan tenat dan berlumuran darah dipercayai telah ditikam suspek lelaki.

“Pusat membeli-belah telah dikunci oleh pengawal keselamatan dan mengepung kawasan itu untuk mengelak daripada suspek melarikan diri sebelum ketibaan polis.

“Polis dan ambulans dipanggil dan sebaik sahaja polis tiba, suspek tersebut telah ditangkap seterusnya dibawa ke balai.

“Manakala mangsa telah dibawa oleh pasukan perubatan ke Hospital Queen Elizabeth,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Menurut saksi itu lagi, suspek didakwa adalah bekas tunang mangsa.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris ketika dihubungi Sabah Media mengesahkan kejadian dan maklumat lanjut akan menyusul.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *