Bekas pembantu Jho Low dilapor meninggal dunia,

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:50 Second

CYBERJAYA: Bekas pembantu Low Taek Jho atau terkenal sebagai Jho Low yang memaklumkan keberadaan ahli perniagaan dalam buruan itu kepada pihak berkuasa Malaysia, meninggal dunia.

Malay Mail dalam laporannya memetik sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mengesahkan kematian suspek, Kee Kok Thiam.

“Saya boleh katakan ya, memang dia. Namun, saya tidak dapat mengesahkan perkara lain,” kata sumber SPRM yang dipetik Malay Mail.

Dalam perkembangan berasingan, FMT pula melaporkan kematian itu disahkan pegawai kanan SPRM, selain disahkan sumber dari Pejabat Peguam Negara.

Kee dipercayai meninggal dunia akibat sakit mengejut.

Sebelum ini, lelaki berusia 56 tahun itu mengesahkan pertemuan dengan Low – dalang utama di sebalik kontroversi 1MDB – dan pelarian dalam buruan lain yang dikaitkan dengan skandal kewangan terbesar itu di Macau.

Awal hari ini, menurut Al Jazeera, SPRM percaya Low, “bersembunyi” di Macau, bersama individu lain yang dikehendaki dalam skandal 1MDB.

Jho Low berdepan pertuduhan di Malaysia dan Amerika Syarikat kerana didakwa menjadi dalang utama kehilangan USD4.5 bilion daripada 1MDB. Sebelum ini, Beijing menafikan melindungi Low.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *