HomeUtamaCadangan mewujudkan sistem tol di jalan persekutuan di Sabah tidak wajar

Cadangan mewujudkan sistem tol di jalan persekutuan di Sabah tidak wajar

Read Time:1 Minute, 47 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid Jonnybone Kurum untuk mewujudkan sistem tol khususnya di jalan Persekutuan di Sabah dilihat sebagai langkah yang tidak wajar.

Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pihaknya menolak cadangan pengwujudan sistem tol berkenaan di negeri ini.

“Selaku bekas Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, saya menolak cadangan pengwujudan sistem tol jalan persekutuan di Sabah diwujudkan seperti mana yang dicadangkan ADUN Telupid di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

“Jalan-jalan Persekutuan di Sabah merupakan laluan utama yang menghubungkan antara daerah dan ini berbeza dengan Semenanjung yang mempunyai jalanraya alternatif,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Arthur yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) berkata, berbeza dengan Semenanjung, pengguna boleh memilih lebuhraya bertol untuk lebih cepat sampai ke destinasi atau laluan alternatif yang tidak bertol yang mungkin lebih jauh jaraknya. 

Namun katanya, bagi negeri Sabah tiada laluan alternatif.

“Justeru perkara ini perlu perlu difahami oleh Yang Berhormat Telupid yang mencadangkan mewujudkan tol di Sabah. 

“Tidak wajar untuk kita memaksa penguna jalan raya Sabah membayar tol tanpa sediakan laluan alternatif,”katanya.

Sementara itu, Arthur berkata, pembinaan Pan Borneo Sabah yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Keenam Datuk Seri Najib Razak telah memberi jaminan bahawa Lebuhraya Pan Borneo Sabah akan bebas tol. 

Katanya, pihaknya menegaskan ia merupakan satu keistimewaan untuk orang Sabah yang harus dikekalkan oleh Kerajaan Perpaduan. 

“Ini merupakan salah satu agenda yang saya perjuangkan ketika berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia.  Keistimewaan yang diberikan ini memainkan peranan penting dalam meningkat lagi ekonomi dan sosial rakyat Sabah. 

“Selain memudahkan pergerakan antara daerah ianya juga akan membantu melancarkan urusan logistik bagi pembangunan, memudahkan transaksi perniagaan yang pastinya akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi rakyat dan saya percaya rakyat mahu keistimewaan lebuhraya tanpa tol dikekalkan, “katanya.

Dalam pada itu, Arthur berkata, pelbagai kaedah perlu dilaksanakan bagi menghapuskan tol atau mengurangkan tol dalam mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat khususnya di Sabah.

“Adalah tidak wajar timbul pula cadangan untuk mengenakan bayaran tol di Sabah yang selama ini rakyat menikmati jalanraya bebas dari tol, ” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya