HomeUtamaCarol Abbey Gail dinobatkan Unduk Ngadau Kaamatan Negeri Sabah

Carol Abbey Gail dinobatkan Unduk Ngadau Kaamatan Negeri Sabah

Read Time:1 Minute, 15 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Penampang : Graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Carol Abbey Gail Grimaldi,24, berjaya dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) peringkat negeri Sabah 2023.

Carol yang mewakili daerah Papar itu berjaya menewaskan 49 peserta lain pada pertandingan UNK peringkat akhir di Dewan Hongkod Koisaan Persatuan Kadazandusun (KDCA) di sini sebentar tadi.

Dengan kemenangan itu, Carol menerima hadiah wang tunai sebanyak RM12,000, crown, trofi, sash, jambangan bunga dan beberapa hadiah iringan yang lain.

Hadiah disampaikan isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah RM Jasni dan turut diiringi isteri Ketua Menteri Datin Seri Juliah Salag.

Tempat kedua UNK berjaya dimenangi Unduk Ngadau dari daerah Kota Marudu Calby Floresa Dolintin yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000, trofi, jambangan bunga dan beberapa hadiah iringan.

Bagi pemenang tempat ketiga telah dimenangi Clerice Olvia Augustine @ Justin yang mewakili daerah Tambunan dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM8,000, trofi, jambangan bunga serta hadiah iringan.

Selain itu, bagi pemenang tempat keempat berjaya dimenangi Unduk Ngadau mewakili Penampang iaitu Galedine Lind Mosuyun yang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000, trofi dan jambangan bunga.

Pemenang tempat kelima, keenam dan ketujuh masing-masing dimenangi Florina Wileh (Tuaran); Melni Dhial (Kiulu) dan Rannysa Rachel Lee (Tamparuli).

Kesemua mereka masing-masing berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000, RM3,000 dan RM2000 beserta trofi dan jambangan bunga.

Hadiah bagi tempat keempat hingga ketujuh disampaikan isteri Timbalan Ketua Menteri Datin Cecilia Edwin. – SABAH MEDIA/PIX MAHA

RELATED ARTICLES
Utama

Empat wanita warga Filipina mangsa pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya