HomeUtamaKerajaan setuju panjangkan BIW anggota ATM berkuat kuasa 1 Julai ini

Kerajaan setuju panjangkan BIW anggota ATM berkuat kuasa 1 Julai ini

Read Time:1 Minute, 26 Second

PUTATAN: Kerajaan bersetuju memanjangkan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) menggantikan BISS dan BISM untuk manfaat pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kuasa 1 Julai 2023.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selama ini pegawai dan anggota ATM yang bertukar wilayah menerima Bayaran Insentif Sabah/Sarawak (BISS) dan Bayaran Insentif Semenanjung (BISM).

“Namun, kadar BISS dan BISM yang diberikan adalah lebih rendah berbanding kadar BIW yang diterima oleh pegawai perkhidmatan awam yang lain.

“Sedangkan asas pembayaran ketiga-tiga insentif adalah sama iaitu untuk menampung kos sara hidup yang tinggi serta sebagai galakan pegawai dari semenanjung untuk berkhidmat di Sabah atau Sarawak dan sebaliknya.

“Maka, Kerajaan bersetuju memanjangkan Bayaran Insentif Wilayah menggantikan BISS dan BISM untuk manfaat pegawai dan anggota ATM berkuat kuasa 1 Julai 2023,” katanya semasa menghadiri Program Ramah Mesra Bersama Warga Atm Markas 5 Briged Kem Lok Kawi di Dewan Utama, Markas 5 Briged, Kem Lok Kawi di sini hari ini.

Menurut Anwar, kelulusan ini akan memanfaatkan 33,586 anggota ATM dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM87.8 juta setahun berdasarkan perjawatan tahun 2022.

Dalam majlis sama, Anwar turut mengumumkan dan meluluskan projek baharu iaitu pembangunan semula 49 unit rumah terbiar untuk dijadikan 47 unit kuarters awam dan sebuah rumah transit Kementerian Pertahanan Cawangan Sabah Di Taman Lok Kawi, Papar dengan jumlah kos projek RM25 juta.

Manakala, projek yang sedia ada seperti pembinaan RKAT tambahan pelbagai kelas Kem Lok Kawi dengan kos projek berjumlah RM213 juta.

“Membaik pulih dan naik taraf aviari di Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Putatan dengan jumlah kos projek RM4.8 juta, menaik taraf Jalan Lok Kawi dari bulatan Sabindo ke Sungai Kinarut RM67 juta serta pembinaan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan Lok Kawi dengan jumlah kos projek RM23 juta,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya