HomeIsu tempatanArifin kekal presiden PMBS, dua lagi jawatan utama menang tanpa bertanding

Arifin kekal presiden PMBS, dua lagi jawatan utama menang tanpa bertanding

Read Time:1 Minute, 19 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berjaya mengekalkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) bagi tempoh dua tahun sehingga 2025.

Beliau yang menang tanpa bertanding bagi jawatan itu adalah selepas menerima pencalonan dari seluruh cawangan-cawangan PMBS seluruh Sabah yang ditutup hari ini.

Arifin menerima sebanyak 28 pencalonan dari cawangan-cawangan PMBS dan satu cawangan tidak menghantar pencalonan.

Selain jawatan presiden, dua lagi jawatan utama turut dimenangi tanpa bertanding iaitu Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

Bagi jawatan Timbalan Presiden yang dimenangi Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir telah menerima menerima 27 pencalonan dan pencabarnya yang hanya menerima satu pencalonan telah menarik diri.

“Satu lagi cawangan tidak menghantar pencalonan dan ini bermakna Pengiran Saifuddin berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden,” kata Setiausaha Agung PMBS, Norhassan Ismail dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Norhassan berkata, bagi jawatan Naib Presiden yang disandang Pengiran Japar Pengiran Osman telah menerima 27 pencalonan dan pencabarnya yang hanya menerima satu pencalonn juga menarik diri manakala satu cawangan juga tidak menghantar pencalonan.

Norhassan berkata seramai 30 orang telah dicalonkan untuk merebut sembilan jawatan Ahli Majlis Tertinggi Pusat (AJP) dalam Mesyaurat Agung PMBS Pusat yang akan diadakan pada 3 Jun ini di Dewan Hijrah Tingkat 2 Wisma Muis.

Bagaimanapun katanya, dari 30 calon itu, lima orang calon telah pun menarik diri setakat ini.

Beliau berkata kira-kira 200 perwakilan dan pemerhati dijangka akan menghadiri mesyuarat agung itu yang akan dirasmikan oleh Presiden PMBS , Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif bermula jam 9 pagi.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya