HomeIsu tempatanJaga kesihatan, nama baik negara ketika mengerjakan ibadah haji - Ruslan

Jaga kesihatan, nama baik negara ketika mengerjakan ibadah haji – Ruslan

Read Time:1 Minute, 1 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Beaufort : Bakal jemaah haji khususnya di negeri ini diingatkan untuk sentiasa menjaga nama baik negara ketika mengerjakan ibadah haji.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, jemaah haji Malaysia merupakan jemaah yang terbaik selain berdisiplin ketika berada di negara Arab Saudi.

“Saya mengharapkan para jemaah haji dapat mengekalkan nama baik negara dipersada dunia terutama di Arab Saudi.

“Para jemaah haji dari Malaysia sangat dekat di hati Kerajaan Arab Saudi.  Ini kerana para jemaah kita mempunyai disiplin yang sangat baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan kepada 21 bakal haji dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan di sini semalam dan dijangka akan berlepas ke tanah suci pada 11 Jun ini.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, para jemaah haji juga diharap dapat menjaga kesihatan dengan lebih baik.

“Saya difahamkan cuaca di Mekah pada masa ini adalah panas.  Justeru para jemaah diingarkan untuk perbanyakkan lagi meminum air putih.

“Semoga kesihatan para jemaah haji semua berada dalam keadaan terjami bagi menunaikan ibadah haji dengan sempurna,  saya doakan anda semua selamat berangkat ke tanah suci dan selamat kembali ke tanah air, semoga mendapat haji yang mabrur,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pengurusan bencana gempa bumi di Sabah terus diperkukuh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular